Zahra Anak Muda Melayu Hidup Terseksa Teraniaya di Bumi Malaysia

Hari ini saya menonton sebuah video dari Whatsapp yang dihantar oleh rakan saya mengenai seorang pelajar yang berkongsi kisah hidupnya.

Zahra berumur 23 tahun pemegang Ijazah Undang-Undang dari Universiti Tempatan bermimpi tentang kehidupannya setelah tamat pengajian yang begitu indah dengan gaji yang besar dan ingin hidup mewah.

Zahra menceritakan raliti hidup berkerja pada usia 23 tahun yang terpaksa menyewa kereta bapanya sendiri untuk berulang-alik ke pejabat dan pada hujung bulan terpaksa naik LRT.

Zahra berangan mahu membeli rumah mewah di Melawati atau Ampang yang harganya jutaan ringgit. Menyalahkan nasib sebab terpaksa berhimpit di bilik sewa 8 orang sebilik. Merungut susah hingga terpaksa mengupamakan mahu kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari masalah ekonomi yang dihadapainya.

Suara Zahra katanya mewakili anak muda melayu.

Lihatlah, betapa manjanya anak muda melayu. Umur baru setahun jagung sudah berlagak menceritakan detik kesusahan hidup kononnya.

Susah bagaimana hidupnya hingga terpaksa menyewa kereta bapanya sendiri dengan harga RM 500 sebulan? mampu menyewa kereta bagaimana yang dikatakan susah?

Dengan gaji Ijazah yang Zahra ada takan tidak mampu membeli sebuah kerata baru buatan Malaysia yang murah. Hanya dalam lingkungan RM 300 sebulan, jimat sudah RM 200 dari menyewa kereta bapanya tadi.

Zahra juga boleh beli Kereta Perodua Kancil terpakai dengan harga tunai lebih kurang RM 5000 jika Zahra tidak malu.

Jika mahu lebih jimat, tadi Zahra kata naik LRT di hujung bulan. Mengapa tidak naik LRT sahaja setiap hari dan duit yang dibelanjakan untuk perkara tidak berfaedah itu boleh disimpan untuk buat duit pendahuluan kereta atau disimpan untuk beli rumah.

Zahra mewakili suara Anak Muda Melayu Malaysia yang memperlihatkan betapa tidak bergunanya Aak Muda Melayu sekarang yang tidak tahu berusaha dan hanya berharap dengan bantuan kerajaan sahaja.

Anak Muda Melayu di Malaysia hari ini sangat lemah dan malas tapii bercita rasa besar mahu itu dan ini. Zahra membawa suara mereka di pentas di hadapan Timbalan Perdana Menteri.

Inilah dia barisan pelapis generasi akan datang Negara Malaysia. Pelapis yang malas, berlagak, angkuh dan tak berguna. Hanya tahu meminta dan meminta. Dibela dari lahir hingga mati.

5 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

mmg hidup di Malysia ni senang sbb tu kerajaan bg BRIM,KRIM,LESEN 1MALAYSIA,RUMAH TRANSIT,RUMAH PRIMA,NAIKKAN BANTUAN PINJAMAN PERUMAHA..kira kerajaan bodoh sbb bg bantuan2 mcm ni sbb rakyat senang..betul tak?

Gabenor johor said...

Hebat zahra ni baca skrip/text yg disediakan..apa susah join aje si Rara msuk DAP

Unknown said...

umr muda lg....bru 23 thn ..pnjg lg prjlnn hdup zahra...aku dlu lps blaja starting gj 750 jek...tp jmat crmt...bleh pkai kete kncil...bln2 byr 320...skrg lps 11 thn kje...aku dh mmpu pkai kete honda dan ade rumah...aku zahra o zahra. brsabar n brusaha la....pluang prlu d cari...bkn d tggu...