RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak 'lesap' seperti didakwa oleh Tun Mahathir.


Aku mengambil kenyataan yang dikeluarkan kononnya mendakwa Wang bernilai RM 42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB itu tidak lesap tetapi digunakan dengan baik dengan perlaksanaan dan perancangan yang baru.

Dengan permulaan RM 1 juta yang diberi kerajaan dan pinjaman yang dibuat seterusnya jika dilihat melalui penerangan ini, 1MDB akan dapat keuntungan berlipat gulung kali ganda mungkin mencecah Trilion Ringgit.

Mari kita baca penerangan yang aku petik dari FB Page WakeUp Malaya ini;


RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak 'lesap' seperti didakwa oleh Tun Mahathir. Ini merupakan apa yang diperolehi dari jumlah itu:

1) Membeli dan memiliki 15 loji janakuasa dan penyahgaraman di 5 negara dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW -http://tinyurl.com/oux4nys
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (kos RM11 bilion)
- 2000MW loji kuasa gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (kos RM1bilion) loji kuasa solar di Kedah - terbesar di Malaysia -http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar tanah berjumlah RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga - http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Bantu mengurangkan kos tenaga TNB kepada IPP sehingga separuh pada tahun 2012 dengan membida turun secara agresif untuk kadar kuasa yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan yang baru. -Http://tinyurl.com/ljw3c3k
- Ini telah membantu membekukan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Januari 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik Mac 2015 (kali pertama dalam sejarah Malaysia kadar elektrik dikurangkan) dengan satu lagi kemungkinan pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Pengkonsepan, merancang dan membangunkan RM40 bilion Nilai Pembangunan Kasar (GDV) 70 ekar Tun Razak Exchange (TRX).
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan utama pertama adalah projek RM8 bilion dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Pengkonsepan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM155 bilion.
- Termasuk hubungan 60-90 minit melalui Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7 bilion (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru - 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan pangkalan udara PDRM di Subang.

7) Perancangan dan membeli tanah untuk projek 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3 bilionhttp://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk memunaikan haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat persinggahan (rumah arau) untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, yang melibatkan kos RM90.5 juta.

9) Membangun dan merapatkan hubungan dengan negara-negara Timur Tengah utama - termasuk Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji setiap tahun kepada 20,000 jemaah haji dan juga membantu pelajar keluar dari Mesir.
- Menjana minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan lain-lain projek bukan 1MDB.

Sumber:https://www.facebook.com/BukanZombie/posts/419048104941632?fref=nf

1 comment:

Anonymous said...

tolong admin buang komen IBU PUSPITA ni...sakit plak hti blan puasa ni...huhu...mne2 entry ak msuk ade je komen die ni....