Menyedari keperluan GST kepada kerajaan
memaksa aku untuk berfikir positif tentangnya walaupun nyata sekali aku tidak
faham unsur-unsur dan tujuan perlaksanaannya.
Dalam kotak fikiran aku dengan hati yang
benak aku berkata, GST ini mungkin benar juga kata kerajaan bila sudah
dilaksanakan nanti ianya akan serba sedikit membantu kewangan kerajaan yang
semakin tenat akibat tekanan ekonomi global beselang seli dengan kerakusan dan
keborosan kroni kerajaan dalam membelanjakan wang.
Jadi, atas nama aku sebagai rakyat dan
tanggungjawab yang tidak seberapa kepada Negara maka aku menerima untuk
membayar cukai tersebut atas barang yang aku akan beli.
Setiap hari sebelum 1 April dan selepas
beberapa hari dari tarikh itu gamat suasana dengan pelbagai kecaman kepada kerajaan
yang mengatakan GST ini nanti akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga
barang yang tidak terkawal.
Penat menjawab dan penat juga nak bertekak
dengan ‘Tok Mat’ aku kata ‘lantak la’… malas nak campur.
Tapi hari ini buat aku rasa sangat marah (walaupun
aku bukan orang penting) sebagai rakyat kerana ditipu terang-terang oleh
kerajaan yang ‘meletop-letop’ kata harga barang yang ditetapkan tidak naik
tidak akan naik dan jika naik juga akan diambil tindakan mahkamah.
“Kastam panggil syarikat Telco. Kena tolak
SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah. Jika mereka degil akan dibawa
ke mahkamah!” – Tok Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan menulis dalam
Twitternya.
Nampak kerajaan tegas disitu kerana sejak
awal difahamkan dengan jelas ‘topup’ tidak akan dikenanakan GST kerana dengan
tambah tolak jadi sama saja nilainya.
Namun dengan tiba-tiba semuanya berubah
dengan Telco berdegil dengan harga tambahan (Cth: Topup RM 10 akan jadi RM
10.60) dan akan kekalkan harga dengan alasan akan tambah ntah apa ntah yang
pengguna sendiri tidak faham apa yang ditambah.
Dalam bab ini kerajaan telah bersetuju
(melalui tweet Tok Mat) sekaligus mengenepikan janji bahawa ‘Topup’ tidak akan
dikenakan GST.
Rakyat tidak tengok tambahan ‘airtime & SMS’ tapi rakyat tengok tambahan RM
0.60 dalam harga ‘topup’ yang dibeli dan mereka kata ‘topup’ kene GST!
Kerja bodoh apakah yang dilakukan kerajaan
ini hingga terpaksa tunduk menyembah di kaki syarikat Telco?
Kerajaan ini tidak ada maruah langsugkah
atau ‘Telor’ seseorang sudah dipicit hingga kerajaan tidak berani langsung
melaksanakan apa yang telah dijanjikan?
Setiap hari ada sahaja ‘kuli’ dan ‘hamba
abdi’ yang bertikam lidah menjelaskan pada rakyat bahawa GST ini dibuat bukan
untuk membebankan rakyat sebaliknya nanti ia akan dipulangkan kepada rakyat
setelah Berjaya dilaksanakan.
Tapi sia-sia usaha itu bila pemimpin
kerajaan dengan bodoh dan bangganya berbuat sesuka hati memungkiri apa yang
dijanjikan kepada rakyat.
Kini harga barang sudah tidak terkawal, penguatkuasaan
langsung tiada, peniaga ambil kesempatan sesuka hati tanpa peduli nasib rakyat
yang sememangnya sudah susah dek masalah ekonomi yang semakin meruncing.
GST ini baik sebanarnya untuk ekonomi, jika
tidak mana mungkin berates Negara melaksanakannya tetapi di Malaysia bukan GST
itu masalahnya sebaliknya perlaksanaan dan peguatkuasaanya adalah amat gagal
sekali.
Dalam keadaan yang semakin mendesak ini
rakyat akan membuat keputusan dan nantikan saja akibatnya bila kebodohan
pemimpin kerajaan ini berterusan.
RM 0.60 ini nanti menjadi kayu ukur
kejayaan atau kehancuran kerajaan pada Pilihan Raya ke 14 yang sudah tidak lama
lagi.
Miskin sungguh kerajaan BN ini hingga RM 0.60 pun jadilah untuk mereka menipu rakyat!
No comments:
Post a Comment