Lambung NAJIB, RAKYAT Tersungkur
Cerita hari ini, Pemuda UMNO diketuai Chip Khairy KJ memanggil seluruh kepimpinan pemuda peringkat bahagian seluruh Malaysia menghiasi muka hadapan Facebook, Twitter, Istagram dan berbagai laman media sosial.
Ghairah, penuh semangat, kobar-berkobar, gebang, poyo, ampu, kipas mengiringi LAMBUNG PM menunjukkan sokongan pemuda UMNO kepada PM yang diasak rapat oleh Mantan PM, Tun M.
Gelagat Mantan dan Penggantinya menjadikan UMNO haru-biru, memaksa sebuah Armada (kapal) berpecah dua menukar haluan dan menghalakan senjata semasa sendiri membiarkan musuh berjoget lambak mentertawakan UMNO.
Tidak ada salahnya nak LAMBUNG Najib atau Tun M atau siapa sahaja tetapi apa kesudahan cerita LAMBUNG Najib itu?
Kononnya memberi sokongan padu kepada PM, tetapi tahukah KJ dan Ketua-Ketua Pemuda itu tentang pemuda cawangan mereka yang tidak cukup korum untuk bermesyuarat?
Esok Puteri UMNO pula diberitahu akan melakukan perkara yang sama, kali ini apa? Pemuda sudah LAMBUNG, Puteri mahu JUNJUNG kah?
Sudah-sudah la mengampu, Rakyat dibawah ini sudah tersungkur dek pelbagai kecuaian kerajaan yang berlaku.
GST ini belum lagi selesai, siapa yang peduli masalah rakyat dibawah ini yang terpaksa bayar lebih dengan pendapatan yang semakin berkurang akibat kecuaian kerajaan.
GST hari ini sudah ibarat kisah KOMUNIS bermaharajalela bila Tentera Jepun berundur.
Cuma 14 hari tetapi tempoh itu boleh diibaratkan ‘neraka’ bagi mereka yang hidup pada ketika itu.
Tempoh 14 hari itu adalah tempoh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga bermaharajalela selepas tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia ke-2 dan berundur dari Tanah Melayu.
GST membangkitkan hantu-hantu Komunis zaman itu, mengganas menaikkan harga barang sesuka hati, mereka melahap setiap sen duit rakyat dengan membebankan segala kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan UMNO/BN.
Pasukan penguatkuasaaan KASTAM dan KPDNKK tidak cukup bala tentera untuk mengambil, memeriksa dan mendakwa Komunis ini dah hari-hari berlalu dengan kebencian rakyat makin meluap-luap terhadap kerajaan UMNO/BN.
Dalam keterdesakan, kebancian, kemarahan rakyat itu UMNO/BN sibuk mahu LAMBUNG PM konon tunjuk sokongan supaya nanti boleh diberi PROJEK, PANGKAT dan DARJAT supaya dengan itu semua maka akan lebih banyak HARTA boleh dibolot dari KERAJAAN yang MENYAMUN duit RAKYAT.
Sampai bila semua ini harus terus berlaku begini?
Anwar Ibrahim dalam Gerakan Reformasinya telah membawa jutaan rakyat dari sejak zaman beliau dipecat hingga ke hari ini menentang kerajaan namun gagal menumbangkan kerajaan kerana Gerakan itu terlalu bising, huru hara dan hanya menyentuh pihak yang bersimpati terhadapnya.
Gerakan Rakyat kali ni kalau tidak dibendung dari awal nescaya akan menumbangkan KERAJAAN kelak.
Jangan ambil mudah, gerakan kali ini senyap. Mereka simpan dalam hati dan bila tiba waktu menyerang nanti sudah pasti KERAJAAN UMNO/BN tumbang kerana ia berjalan dalam keadaan senyap ditambah dengan kebencian dan kemarahan meluap-luap.
Ini luahan hati aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment