Duit KWSP yang kebanyakannya duit rakyat susah pun kerajaan nak samun!!!


"Duit itu duit Bpak CEO KWSP kah?" bunyi-bunyi dari rakyat bawahan yang rasa amat marah berkenaan usaha KWSP untuk memanjangkan tempoh matang pengeluaran wang KWSP yang dicarum oleh rata-ratanya golongan Marhaen yang kadangkala "telan air liur" melihat potongan KWSP dalam slip gaji mereka tiap bulan namun terpaksa merelakan demi hari tua.

Cadangan pertama yang dikemukakan KWSP adalah memberi pilihan terhadap penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan terdapat dua opsyen berhubung cadangan ini. 

Opsyen pertama ialah menaikkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 yang hanya akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun. 

Opsyen kedua ialah mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun sama seperti sekarang dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas usia 55 tahun. 

Lihat pada opsyen-opsyen yang diberikan, kedua-duanya berusaha untuk menambahkan pendapatan dalam tabung KWSP yang diperolehi daripada caruman rakyat marhaen yang berhempas pulas mengengkang mata, mencurah keringat untuk kelangsungan hidup namun akur atas nama masa depan dan hari tua maka caruman wajib dibuat sebagai simpanan.

KWSP dalam ceramah dan penerangan mereka setiap masa menitikberatkan masa depan dan tabungan hari tua seolah-oleh mereka ini baiknya macam "NABI" kerana kebaikan memikirkan nasib hari tua rakyat Malaysia namun siapa tahu niat disebalik kebaikan itu?

Duit ini duit kamu!, duit ini duit mereka  dan mereka simpan dengan harapan dapat merasai nikmatnya pada hari tua setelah menghabiskan masa muda dan percaya kepada KWSP bahaw tabungan ini akan memberikan mereka sedikit kesenangan atau BONUS pada hari tua.

APAKAH HARAMNYA!!! Duit mereka itu sendiri terpaksa ditetapkan syarat oleh kerajaan untuk boleh atau tidak keluarnya!!!

Tidak cukupkah sehingga 55 tahun Kerajaan melalui KWSP menyimpan duit mereka!!

Apakah kerajaan hari ini sudah betul-betul tiada duit hingga terpaksa mengambil pula duit tabungan rakyat marhaen ini untuk mengisi tembolok Peminpin dan Kroni Kerajaan!!!

Setiap kali ditanya kerajaan tidak mengaku menggunakan wang KWSP dengan boros!!

jika tidak menggunakan mengapa kerajaan tidak berani menegur tindakan Bodoh CEO KWSP yang mengumumkan cadangan tersebut!!

ToPup 60sen kerajaan nak samun!!

KWSP yang kebanaykannya duit rakyat susah pun kerajaan nak samun!!!

Makin teruk kerajaan hari ini... 

Bagi saya.. kalau berterusan begini baiklah ditukarkan saja kerajaan ini...

"Ada tak menambah, tiada tak mengurang"...


Baca kenyataan CEO KWSP di Berita Harian : http://www.bharian.com.my/node/48739

No comments: