TRAGIS! YA ALLAH KENAPA SAMPAI BEGINI JADINYA...






Mengapa sampai begini jadinya... perlukah mereka tinggal dalam rumah yang tak siap dalam keadaan yang serba kekurangan tidak berbumbung, tidak berlantai, akhirnya mereka mati tinggal tengkorak dalam rumah yang tak siap..

Mahukah kita jadi begini?, atau kita mahu tunggu masalah air ini diselesaikan oleh Kerajaan Selangor pimpinan pakatan Haram yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya..

Sahabat nilailah sendiri....


Projek perumahan di Selangor dikhuatiri terjejas teruk dan bermasalah berikutan krisis bekalan air dijangka berlaku di negeri itu pada 2014 gara-gara tiada kata putus daripada kerajaan negeri mengenai projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Pengarah Eksekutif Projek Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Sanusi Sulieman, berkata keengganan kerajaan negeri membenarkan pelaksanaan projek pembinaan loji air itu akan memberi kesan kepada projek pembinaan perumahan.

Malah, katanya, situasi berkenaan akan mengundang masalah kepada pemaju dan pembeli rumah di negeri itu yang dianggarkan 50,000 hingga 70,000 orang membuat permohonan setahun.
“Kami bimbang projek perumahan terbabit terjejas teruk berikutan masalah air, di samping tiada penyelesaian daripada kerajaan negeri. “Malah, lebih membimbangkan apabila krisis air akan mengganggu pelaburan di Selangor terutama pelabur antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Meja Bulat mengenai situasi pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam. Mesyuarat meja bulat itu membabitkan wakil daripada Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pemantauan Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W), Forum Air Malaysia (FAM) serta Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan). Kira-kira 100 pengguna terdiri daripada wakil badan kerajaan, ahli perniagaan dan persatuan penduduk hadir pada sesi perbincangan itu. Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 komponen utama bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Namun, projek berkenaan menemui jalan buntu selepas Selangor didakwa melengahkan kelulusan berkaitan pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran permit arahan pembangunan. Projek yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 2005 itu bertujuan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari dari Sungai Semantan di Kampung Jambu Rias, Pahang ke Selangor. Sanusi berkata, sekiranya kerajaan Selangor melambatkan kebenaran untuk pembinaan loji itu dikhuatiri krisis bekalan air menjadi lebih teruk di negeri berkenaan.



SHAH ALAM – Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.
“Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar.
“Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang ditetapkan, ia akan membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang. Untuk mengelak perkara itu, mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2 bagi mengatasi masalah air ini,” katanya ketika merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana – Jom Niaga dan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.


Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air.


“Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.
“Masalah sekarang ini air. Air yang kita beli dari Pahang akan disalurkan ke Selangor dan akan memasuki Loji Rawatan Air Langat 2. Jika loji yang sepatutnya dibina pada 2010 itu masih belum siap, bagaimana hendak mendapat bekalan air,” katanya. – Sinar Harian Online


http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-isu-air-selangor-serius-1.47066



No comments: