Program Ceramah Keselamatan PDRM daerah Kuala Selangor


Pagi ni berlangsung sebuah program Ceramah Keselamatan PDRM Daerah Kuala Selangor di Rumah Tunas Harapan, Kuala Selangor.

Ceramah ini lebih banyak menceritakan hubung kait polis dengan masayarakat dan membincangkan tentang masalah sosial serta jenayah bersama wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan polis.

Turut dibincangkan dalam ceramah tersebut adalah berkenaan isu Himpunan Bersih, masalah kecurian motorsikal, masalah penagihan dadah dan beberapa isu tempatan lain.

Dalam dialog tersebut aku tertarik dengan seperanggan kata-kata Ketua Polis daerah Kuala Selangor yang berbunyi:-

" Kalau dahulu musuh yang nak kita tentang jika nampak depan mata dengan jelas seperti komunis tetapi musuh kita sekarang adalah musuh yang kita tak nampak dan sukar dikenalpasti"

Maksudnya seperti yang aku paham, dulu musuh kita menyerang kita secara terang-terangan tetapi kini musuh kita menyelinap di dalam masyarakat dan keluarga tanpa kita sedari dan matlamatnya sama seperti dulu iaitu untuk menjahanamkan negara.

Aku mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor kerana sanggup melapangkan masanya yang amat berharga itu semata-mata untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan negara yang seterusnya memberikan ketenteraman kepada rakyat untuk hidup selesa.




No comments: