Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kilometer (Km) 0.65 Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) akan beroperasi di lokasi baharu di Km 1.0 laluan
berkenaan, mulai jam 6 pagi esok.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari
ini, memaklumkan kutipan tol di plaza baharu bagaimanapun hanya akan berkuat
kuasa sehingga 31 Disember ini.
Ia susulan pengumuman pemansuhan tol Plaza Bukit Kayu Hitam
seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak dalam Bajet 2018,
Jumaat lalu.
Lokasi baharu adalah sebahagian daripada projek pembangunan
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam
yang baharu.
Pembukaan plaza tol baharu itu juga serentak pembukaan
Kompleks ICQS berkenaan.
Kenyataan sama turut memaklumkan, mulai esok, tempoh operasi
plaza tol baharu Bukit Kayu Hitam akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi setiap
hari berbanding 12 tengah malam sebelum ini.
Dalam Bajet 2018, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan
kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu
Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.
No comments:
Post a Comment