ULTRAS MALAYA SUDAH JADI PARTI POLITIK AMANAH


Apa sudah jadi dengan Ultras Malaya sampai dipergunakan oleh parti politik seperti Amanah. Siapa budak ini untuk bercakap menggunakan nama Ultras Malaya?

Kita tahu Amanah tidak popular dan tidak mendapat sokongan rakyat. Menggunakan nama Ultras Malaya yang sedang trending kerana tidak mahu turun ke stadium untuk perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia merupakan jalan mudah untuk membawa masuk orang ramai masuk ke laman sosial milik mereka.

Dengan cara itu Amanah menggunakan isu pembelian tiket sebagai senjata menyalahkan kerajaan kononnya gagal menyediakan tiket yang cukup dan tiada jualan tiket online.

Masalah ini adalah masalah setiap kali perlawanan bola yang besar tetapi menggunakan nama Ultras Malaya untuk kepentingan politik peribadi mereka adalah salah dan memalukan Ultras sendiri.

Dimana penyokong Ultras yang dikenali dengan sifat gila-gila? Sanggupkah Ultras dijadikan alat politik bodoh parti politik terbuang ini?

Siapa jurucakap yang begitu berani melibatkan Ultras dalam politik bodoh Parti Amanah Negara kendalian Mat Sabu?

Mana Ultras Malaya? 




No comments: