"SERAMPANG KAJANG" Tanda Selangor Bakal Kena Jual


Sambungan dari "Serampang Kajang" PAS buka dikhianati tetapi Memang Dah Mati!!" ....

Dalam cerita ini aku nak ajak pembaca sembang santai sambil releks hisap ROKOK atau kalau lebih mampu boleh hisap CIGAR macam +Ibdilillah Ishak Pengerusi Biro Media Baru PPUM. hehehhe.. just joke la @ibdil.

Ok, semua tau Anwar Ibrahim akan bertanding di kajang tapi sampai sekarang percayalah kalau aku cakap ramai lagi yang tak tahu apa sebab Anwar nak bertanding dikajang walaupun banyak penerangan telah dibuat. 

Sejak dari tahun 1998 telah terlalu banyak gerakan dilakukan bermula dari gerakan membebaskan Anwar hinggalah ke gerakan menumbangkan kerajaan yang membawa rakyat turun ke jalanan dan hampir-hampir menimbulkan kacau bilau dalam negara.


Sepanjang tempoh itu ada tak sesiapa yang boleh memberikan angka kasar perbelanjaan yang telah Anwar keluarkan untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Sepanjang tempoh itu juga dengan wang yang begitu banyak digunakan siapa pula yang menaja Anwar? atau mungkin Anwar banyak wang hingga sanggup taburkan wang itu untuk menang Pilihanraya?

Secara jujur aku katakan aku juga tidak tahu jawapannya...

Jadi kalau ikut IMAGINASI aku, Anwar tetap menerima tajaan dari sesebuah Organisasi dan sudah pastilah oerganisai tersebut memang sangat mahu Negara Malaysia ini menjadi milik mereka dibawah perintah dan Anawar akan menjadi Perdana Menteri Boneka mereka.Aku rasa pembaca dapat mengagak organisai mana yang menaj beliau bukan?

Jadi setelah lebih 15 tahun jika benar ada organisai yang menaja pasti mereka sudah bosan dengan sandiwara Anwar yang masih gagal menawan Malaysia, lalu jika aku jadi organisasi itu maka aku sudah pasti memberi amaran keras supaya cepat memulangkan keuntungan daripada pelaburan aku atau akan menghentika semua pembiayaan aku.

Maka hari ini dalam keterdesakan untuk menjadi Perdana Menteri dan sumber kewangan yang terhad maka Anwar harus menjadi sesuatu jalan untuk memastikan gerakan beliau itu tidak terbantut dan mengagalkannya.

Selangor merupakan tempat yang amat baik untuk Anwar mengumpul semula kekuatan itu terutama dari segi kewangan. Selangor negeri yang kaya dengan fasaliti dan kemudahan yang baik sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada Anwar untuk meng"AUTA" pelabur luar dan dengan itu belia lebih cepat mendapat DANA untuk PRU akan datang. Tambahan pula rakyat Selangor yang liberal dan gila mengejar kekayaan maka semua AUTA Anwar akan menjadi makanan ringan kepada mereka.

Anwar akan memberikan apa saja yang diminta oleh Rakyat Selangor trermasuk kemungkinan Menteri Besar yang baru daripada PAS dan berikan kekayaan negeri kepada PKR dan DAP. PAS yang gila kuasa untuk memerintah sudah pasti tidak akan peduli langsung dengan apa yang akan berlaku dalam negeri asalkan mereaka ada gaji bulan dan boleh berseronok dan berlagak sesuka hati.

Rakyat Selangor pula pada masa itu akan terlopong melihat gelagat mereka tetapi apa yang boleh Rakyat selangor lakukan? Anwar sudahpun berjaya menipu mereka dan memperbodohkan mereka dengan Strategi "SERAMPANG KAJANG"nya....

Kesudahannya nanti negeri Selangor akan jadi Padang Jarak Padang Tekukur bial semuanya sudah habis dijual untuk membiayaai Pilihanraya Anwar menjadi PM..

Aku rasa cukupla setakat itu dulu cerita "DONGENG" aku untuk membertitahu rakyat Selangor yang bakal kene jual macam dalam cerita TIGA ABDUL... konon mereka cerdik yang sudahnya kene jual kat pasar lelong.

**penafian: Nama dan konten dalam cerita ini tida kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Jika ada persamaan mungkin ianya hanyalah kebetulan dan jika ada yang terasa itu bukan hal aku sebab yang makan cili aku kenapa pulak ko yang nak rasa pedas. Jadikan cerita ini teladan jika baik dan jadikan sempadan jika cerita ini memudaratkan. sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Cerita Bodoh