"Serampang Kajang" PAS buka dikhianati tetapi Memang Dah Mati!!


Semakin hari semakin seronok pula melihat gelagat politik di Malaysia ini terutamanya dari parti pembangkang yang Ketua-Ketuanya datang dari Syurga.

Dalam kehangatan yang semakin dirasai untuk Pilhanraya Kecil DUN Kajang semakin banyak ceramah membohongi rakyat disebarkan. Rakyat yang menyokong mereka pula menelan bulat-bulat apa sahaja yang dilontarkan seperti sudah kelihatan mereka itu Anjing lapar yang sudah berminggu-minggu tak makan.

Hari ini nak cerita pasal Parti PAS ini yang juga turut beria-ia menyokong gerakan Pilihanraya Kecil Kajang ini padahal sebelum ini merekalah yang menyalak bagai nak gila.Tapi (kononnya) setelah diberi penerangan maka mereka jelas dengan halatuju parti yang ADUNnya dengan sengaja meletak jawatan.


Aku tidak mahu mengulas dari sudut agama kerana aku bukan Ahli Syurga macam mereka tapi aku ingin mengajak dari segi logik akal bagaimanakah boleh diterima perlakuan tersebut di saat Parti dan pakatan mereka melaung-laungkan "Pembaziran Kerajaan" hingga menyebabkan rakyat sengsara. Mereka yang dalam setiap kali Pilihanraya Umum bertanding dan berjanji akan mengubah nasib rakyat dan memberikan yang terbaik serta patuh dengan amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tapi dalam hal ini bagaimana pula? ADUN atau Wakil Rakyatnya meletak jawatan dengan sengaja kononnya untuk memberi laluan kepada "STRATEGI SERAMPANG KAJANG" ciptaan pemimpin merekayang gilakan kuasa. Dimanakah janji untuk membela rakyat? dimanakah janji untuk mengelakkan pembaziran? 

Wang yang akan dibazirkan oleh Pakatan Rakyat itu nanti bukankahlebih baik diberikan kepada Rakyat Cina, India dan Melayudi Kajang? kan lebih baik disumbangkan kepada pembangunan kawasan atau membantu peniaga yang di dalam kesempitan? atau diberikan kepada rumah ibadat supaya semua mereka boleh beribadat ikut cara mereka..

Tapi hingga hari ini ianya semakin rancak dan pembaziran serta pembohongan terus berlaku. Rakyat juga terus percaya kononnya ada "SERAMPANG KAJANG" yang direka khas untuk membolehkan pemimpin mereka terus membolot harta kekayaan negeri-negeri yang mereka perintah tanpa memikirkan nasib rakyat.

Rakyat akan terus ditipu dan aku akan sambung dalam artikel lain...

Tapi sebelum berakhir aku sampai hari ini masih tidak nampak kelibat "Tentera-Tentera Maya" YB Khairy KJ yang melantik +Ibdilillah Ishak sebagai panglimanya. Aku tak tahu apakah status Panglima Perang YB KJ ini samada beliau SUDAH MATI atau masih lagi BERGUMBIRA dan bermewah-mewahan bersama rakan-rakan BANGSAWANnya...(bersambung)

No comments: