Catuan air yang dibuat oleh Kerajaan Selangor telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada rakyat yang sudah sedia susah semenjak Kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lepas.
Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.
Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.
Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika itu lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat hingga kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 mereka letak pelbagai syarat.
Permainan politik yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Maka hari ini Rakyat Selangor sudah menerima musibah dari kesilapan sendiri kerana mengundi Pakatan Rakyat yang kononnya berkebajikan dan membela nasib rakyat.
Tapi hari in apa sudah jadi? di kawasan yang dilanda masalah air mereka terpaksa mengangkut air dari lori tangki yang datangnya tak tentu masa dan yang paling menyusahkan apabila rakyat yang tinggal di rumah pangsa terpaksa mengangkut air kerumah mereka dan berualang-alik 2-3 kali.
Rakyat Selangor marah tapi sampai kemana marahnya? Pemimpin Pakatan Rakyat tetap bermewah-mewahan dengan segala kekayaan yang mereka ada.
Adakah sesiapa pernah bertanya Rumah MB Selangor ada air ke tidak? Rumah pemimpin pakatan Rakyat Selangor ada air ke tidak? tapi Rakyat Selangor hari ini menderita terpaksa dicatu air dalam sebuah negeri antara yang terkaya dan termoden dalam Malaysia.
Tambahan lagi, kebanyakan kawasan yang dilanda masalah air hari ini adalah kawasan yang diperintah oleh Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat... Dimanakah mereka?
Mereka semua sedang sibuk di Kajang untuk memenangkan Ketua mereka dan membiarkan Rakyat Selangor menderita akibat daripada permainan politik dan kuasa mereka.
Sudah diberi jawatan untuk menjaga rakyat tetapi meletak jawatan dan ini adalah pengkhianatan paling busuk dalam permainan politik dan menjadikan pengundi yang mengundi mereka sangat bodoh dan tidak berakal.
Mereka kaya dan bermewah-mewahan tetapi Rakyat Selangor menderita!!!
No comments:
Post a Comment