Kami meneruskan perjalanan, kali ini disertai Tuan Iszuwan Ismail dan saya berada di kerusi belakang.
Kami bersembang sambil makan Prawn Cracker yang dibekalkan Abg Zul dari rumah Bossku tadi.
Kisahnya Calon BN N23, Shahrin Md Zin ini adalah calon payung terjun, calon last minit. Ada sabotaj yang mahu calon ini dikalahkan atau dikurangkan majoriti. Ini bertujuan mencalarkan imej Bossku Najib Razak selaku Ketua Bahagian UMNO Pekan yang dikatakan memilih calon ini. Bossku akan dilihat lemah, tiada sokongan, tidak releven lagi di UMNO Pekan sekaligus impak itu akan dibawa ke peringkat UMNO pusat. Selain itu, Menteri Besar Pahang juga akan dilihat rapuh.
Itu adalah cakap-cakap yang kami dengar. Ada juga yang telah komen dalam posting saya san kawan-kawan. Sebenarnya calon kita boleh menang, tapi kita juga tak boleh pandang sambil lewa. Kita kena lihat sehalus yang boleh kerana ia melibatakan imej Bossku dan Mantan Perdana Menteri.
Saya tidak boleh menulis fakta atau angka, saya hanya boleh memberi gambaran.
Anak Chini yang merantau dan boleh mengundi agak ramai. UMNO Pekan kena bawa mereka balik. Mereka kena mengundi untuk bossku
Setakat itu dulu....
PRK CHINI - MAKAN PRAWN CRACKERKami meneruskan perjalanan, kali ini disertai Tuan Iszuwan Ismail dan saya berada di...Posted by Aemierulrizaki Rambli on Thursday, June 25, 2020
No comments:
Post a Comment