MAHATHIR DIBALING KERUSI DAN LETUPAN SUAR KERANA SOALAN PEMBUNUHAN DI MEMALI
Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung hari ini telah mengakibatkan "KEMALUAN" yang amat besar buat Mahathir apabila ditanyakan soalan tentang "pembunuhan" berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Dalam video ketika Mahathir cuba menjawab, tiba-tiba kelihatan kecoh dibelakang dewan bermula dengan "kerusi terbang" dan kemudian diikuti pula "letupan suar" membuatkan dewan jadi huru-hara.
Dewan kecil saja dan orang tidak ramai. Pasti orang yang memulakan kekecohan itu dapat ditangkap. Namun sudah pastinya insiden ini akan dikaitkan dengan UMNO kerana itu memang telah menjadi budaya dan taktik pihak pembangkang dalam negara ini.
Bagi saya, UMNO tidaklah begitu bodoh untuk mengganggu majlis tersebut kerana sudah tahu siapa yang berada di dalam dewan (lebih layak dipanggil kandang) itu. Mereka ini jenis manusia yang tidak bertamadun, jadi tak hairanlah akan berlaku perkara sedemikian.
Yang pastinya hari ini, Mahathir tetap kelihatan bodoh kerana terpaksa menjawab soalan berkaitan "Peristiwa Memali" yang dicetuskannya 35 tahun lalu. Saya pasti soalan ini akan mengekorinya didalam program-program yang lain.
#B1RiG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment