Ads Top

KKM BELI AMBULANS RM400 JUTA ADALAH TIDAK BENAR.


Kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min menjelaskan bahawa perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.

Dalam keyataan medianya beliau turut berharap agar fakta sebenar tidak diputarbelitkan bagi mengelirukan rakyat.

Terdahulu, tular netizen mempertikaikan harga perolehan ambulans tersebut yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga perolehan pada tahun-tahun sebelumya.

No comments:

Powered by Blogger.