Mahathir Hanya Umpan Kerakusan anak Muda Armada.


Setelah melihat kejadian kerusi dan bom suar terbang di program #NothingToHide semalam, saya berpendapat Mahathir telah dijadikan umpan oleh orang-orang berkepentingan dalam Pakatan Pembangkang untuk memburukkan nama UMNO.

Nasihat saya kepada "Pencinta Mahathir", kalau benar sayangkan Mahathir ingatlah ada ramai "bangsat-bangsat" di luar sana yang nampak orang tua itu boleh digunakan dengan mudah memandangkan matlamat mereka sama.

Matlamat Mahathir ialah menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri manakala matlamat mereka pula adalah untuk berkuasa, mengumpul harta dan merampas negara. Jika tercapai Mahathir akan tersenyum puas dan kemudian mati dengan aman tetapi selepas itu negara sudah jatuh ke tangan perompak dan Mahathir tiada kaitan dengan itu.

Sekarang inipun lihat sajalah macam-macam kes rasuah yang mereka terlibat. Adam rosly Ampang jadi kaya-raya selepas masuk PKR, Zuraidah Ampang lihat kayanya bagaimana?, Azmin MB dengan gila kuasanya, EXCO-EXCO Kerajaan negeri yang menyamun tanpa henti, EXCO DAP yang baru ditahan atas laporan ADUN PKR sendiri di Penang, Wan Azizah dan anak-anak yang politikya mahu keluarkan Anwar dari penjara dan bermacam-macam lagi. Itu tidak termasuk dengan parti baru yang huru hara.

Bagaimana rakyat boleh percaya mereka ini boleh memimpin negara dan boleh menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang?.

Semua mereka itu hanya mahu mengambil peluang dan Mahathir boleh jadi umpan yang murah tak perlu bayar.

Oleh itu, kebodohan dan kelemahan Ketua Armada yang menganjurkan program semalam tidak boleh dimaafkan. Jika apa-apa terjadi kepada Mahathir semalam adakah Armada mahu bertanggungjawab?.

Sesiapa saja boleh buat kacau. Letak bom atau bakar bangunan dan kecederaan, kematian, kerosakan harta benda tidak dapat dielakkan. Puncanya siapa? Taruhannya apa? dan hasilnya apa?.

Meletakkan kesalahan kepada UMNO tidak ada gunanya jika pemimpin kesayangan anda menjadi mangsa permainan politik kotor anak-anak muda bodoh ini.

Negara ini cukup aman. Kalau sudah pilihan rakyat mahu menjadikannya seperti Iraq, Afghanistan, Rohingya di Myanmar, Syria, Mesir dan lain-lain maka apakan daya lagi. Teruskan jika mahu dan kalau itu pilihan untuk mengembalikan kononnya digelar "EKONOMI RAKYAT".

#B1RiG.

No comments: