Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendesak kerajaan Selangor menjelaskan kedudukan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Kamsani Nasir yang didakwanya berstatus muflis.
Jamal berkata keputusan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melantik seorang pengurus yang diisytiharkan muflis mengetuai sebuah yayasan di bawah kerajaan negeri wajar dipersoalkan, seolah-olah tiada individu lain lebih berkelayakan.
Katanya lagi, Azmin sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yawas patut mengetahui status kebankrapan Kamsani yang telah diisytiharkan Jabatan Insolvensi pada tahun 2008.
“Menter besar sebagai pengerusi Yawas perlu jelaskan bagaimana seorang pengurus besar yang telah disytihar muflis dilantik untuk menguruskan dana yayasan yang berjumlah ratusan juta ringgit setahun,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, siang tadi.
Dalam sidang media tersebut, Jamal turut mengedarkan dokumen diperolehinya dari Jabatan Insolvensi untuk menyokong dakwaan dibuatnya.
Kamsani yang dilantik sebagai Pengurus Besar Yawas bermula 1 September 2016, sebelum ini pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dikendalikan kerajaan Selangor.
Jamal turut mempertikaikan pelantikan Kamsani di Yawas kerana mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana SMUE yang dilaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment