13 June 2014

MB Selangor a.k.a Khalid Gagap arah JAIS pulangkan Bible


Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan semula naskhah Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sebelum ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau turut meminta anggota Exco, Sallehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu JAIS memulangkan semua barang kes tersebut.

"Salehen Mukhyi dan JAIS juga telah diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang terlibat khususnya BSM bagi menyelesaikan perselisihan pendapat secara baik dan adil demi keharmonian beragama yang dituntut dalam Islam dan agama-agama lain," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Arahan itu dikeluarkan susulan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam yang menyebut, kes itu kini ditutup dan pendakwaan tidak akan diteruskan.

Khalid turut menyampaikan penghargaan atas keputusan berkenaan, dan juga kepada BSM yang memberikan kerjasama yang baik kepada JAIS ketika siasatan berjalan.

JAIS telah merampas sebanyak sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak ketika melakukan serbuan ke pejabat BSM 2 Januari lalu

Menurut kenyataan peguam negara semalam, fakta dan keterangan menunjukkan bahan rampasan itu bukan tulisan yang diterbitkan bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Keterangan menunjukkan buku yang dirampas adalah Bible dalam versi bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian," kenyataan itu dipetik. - MALAYSIAKINI

http://www.malaysiakini.com/news/265529

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *