BREAKING NEWS

10 June 2014

Hanya 21 suspek terlibat dalam kes kenduri seks


Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki yang terlibat dalam kes rogol mebabitkan dua remaja bawah umur di Ketereh baru-baru ini dan bukannya 38 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut pihaknya telah menahan 14 suspek lelaki yang berusia di antara 15 sehingga 38 tahun dalam beberapa serbuan sebelum ini.

Beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan tujuh lagi suspek yang masih bebas berusia dalam lingkungan 20-an.

"Dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang sama berulang kali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UUSAN ONLINE

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates