Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan, Inftrastruktur Dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi mengakui bingung dengan tindakan beberapa pihak termasuk media konvensional yang kononnya memberikan maklumat salah berhubung bekalan air negeri itu sehingga menimbulkan keresahan awam.
Kerajaan negeri mengecam laporan akhbar New Strait Times semalam yang mendakwa kononnya air bekas lombong yang dipamkan ke Sungai Selangor tidak selamat. Mereka dikatakan memberikan laporan yang amat berbeza dengan laporan penuh yang diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang mendapati air bekas lombong itu selamat untuk pengguna.
Saya merasa amat pelik dengan kenyataan itu sebenarnya, marah pula bila ada orang menegur atau mengatakan apa yang mereka buat itu salah.
Dalam kes Lynas apabila kerajaan ditentang habis-habisan hinggakan ada kes jumpa ikan berkepala dua sedangkan projek itu masih belum dilaksanakan tidak pula mereka memikirkan kesan dan mengkaji sebelum mereka memfitnah.
Ini kerajaan jenis apa? Dalam parti pakatan mereka jika ada apa-apa yang dibuat oleh kerajaan maka semua itu aadalah salah dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat, tetapi bila orang lain berbuat demikian ke atas mereka maka perbuatan itu tidak boleh diterima dan dianggap salah.
Dalam kes GST contohnya, mereka tanpa mengkaji telah memutarbelitkan fakta hingga kononnya rakyat akan ditimpa bencana jika GST itu dilaksanakan. Mereka menghimpunkan manusia-manusia untuk membantah tetapi bila ditanya apa itu GST mereka langsung tidak tahu.
Pakatan Rakyat menggunakan Rakyat yang dalam kesempitan dan keresahan untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Rakyat diperbodohkan untuk mencapai matlamat mereka.
Tetapi kali ini Rakyat Selangor sudah tidak bodh seperti dulu, mereka tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka tidak akan dibodohkan dengan angka dan fakta auta yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi membodohkan mereka lagi.
Kerajaan Negeri jangan cepat melompat. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kebodohan sendiri. Rakyat Selangor tak sebodoh itu untuk meneguk AIR LOMBONG!!