Hari ini serba sedikit aku ingin membalas kenyataan kurang ajar seorang Anak Melayu yang mungkin kurang didikan dari Ibu Bapanya mengenai cadangan beliau untuk memansuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja yang katanya hanya untuk Orang Melayu.
Another issue that I will bring in the coming days is about RAMD (Rejimen Askar Melayu DiRaja). The participation of only Malays in this Regiment is quite disturbing for my liking. The spirit of defending our nation should be for all Malaysian and not for selected race only. When our country needs to defend herself from crisis or war, it is the duty for all of us to defend her. Another disturbing issue is when our country suffering internal conflict, to have a selected race weilding weapons will surely lead to racial bias. Only the Malays will be protected other races will surely get neglected. Therefore I urge to all that RAMD should be dissolved or be made available to all races. Fight for equality!
Dyana Sofya seorang budak mentah berusia 27 tahun yang menjadi Calon dalam Pilihanraya Kecil di Teluk Intan dengan lantang menyuarakan kehendak Parti Komunis (DAP) yang dianggotainya. Semangat untuk mempertahankan malaysia tidak seharusnya diletakkan kepada satu kaum sahaja katanya.
Rejimen Askar Melayu ditubuhkan pada tahun 1933, apa yang Dyana Sofya tahu mengenainya?
Rejimen Askar Melayu yang berperang sejak Zaman Perang Dunia Kedua (WWII) itu hingga ke hari ini apa yang Dyana Sofya Tahu?
Apa pula yang Dyana Sofya tahu sejak Kebangkitan Semula Pengganas Komunis (1968-1989) hinggalah kepada pelan damai perjanjian Haadyai?
Ya.. Memang Dyana Sofya tidak tahu dan kerana itulah dia sanggup untuk menyertai Parti Komunis Cina DAP yang sejak dulu berusaha untuk merampas Tanah Melayu ini untuk mereka memerintahnya dengan cara mereka!
Kerana kamu Dyana Sofya bersama Melayu Melayu sebelumnya yang menjadi pengkhianat bangsa dan jika ditakdirkan Komunis Komunis itu dapat memerintah negara ini, adakah tahu apa akan jadi pada kamu?
Tahukah kamu akan jadi pada nasib anak bangsa?
Hari ini, baru saja bergelar calon kamu sudah dengan berani mengusik Hak Orang Melayu!!
Kamu sudah berani mencabar Kuasa Sultan-Sultan Melayu!!
Rejimen Askar Melayu itu Hak Orang Melayu!! Hak Raja-Raja Melayu!! dan Raja Raja Melayu Telah Mewasiatkannya!!
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .
7 wasiat
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Dyana Sofya.. kalau berani cobalah..
#DyanaSofya
#NadiRakyat
#RakyatMalaysia
#RAMD
#AskarMelayu