Lautan Manusia Serbu RTC Gopeng bersama DS Ismail Sabri | #DSIS @IsmailSabri60

Lautan manusia megiringi YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi lautan manusia dalam lawatannya ke Program Jihad memerangi Orang Tengah Subsektor Sayur/Buah di RTC Gopeng hari ini.

Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah amat dikagumi kerana ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi dalam sektor pertanian negara.

Orang tengah yang licik menindas menindas golongan petani dan memaksa mereka hidup di bawah paras kemiskinan yang serius.

TEKUN NASIONAL turut bersama dalam kempen Jihad Memerangi Orang Tengah
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tekad membanteras gejala tersebut. Ketokohan dan kebolehan Ismail Sabri sebenarnya sudah terserlah sejak dilantik menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada April 2009.

Dengan mengambil pendekatan jihad ianya adalah sesuatu yang serius.

Orang tengah yang menjadi pembekal sumber makanan dan perikanan ada di mana-mana seperti adanya kegiatan ah long di mana-mana. Ketamakan dan penindasan yang mereka lakukan menimbulkan keresahan pengguna dan kesusahan rakyat.

Bila kos harga barang naik mendadak, kuasa beli pengguna menjadi semakin kecil. Ini memberi kesan kepada taraf hidup masyarakat. Akibat kuasa beli yang kecil ia juga memberi kesan kepada komoditi bukan makanan dan perikanan juga. Peniaga dalam sektor industri yang lain turut menaikkan harga produk dan upah serta perkhidmatan mereka.


Orang tengah yang melakukan eksploitasi terhadap nelayan dan petani biasanya memikirkan keuntungan lebih daripada kesejahteraan rakyat. Fahaman kapitalis yang ada pada mereka cenderung melakukan penindasan. Cengkaman yang mereka lakukan terhadap petani dan nelayan sudah berlaku sekian lama.

Apabila orang tengah dan pembekal ini bertindak serentak menaikkan harga barangan komoditi ia memberi kesan langsung kepada pengguna dan keresahan pengguna memberi kesan langsung kepada imej kerajaan.

Bayangkan kalau orang tengah dan pembekal ini berada dalam rangkaian politik kelompok tertentu pastinya membahayakan kestabilan dan keselamatan negara. Sebab itu pendekatan jihad memerangi mereka ini sesuatu yang menuntut keberanian, strategi yang bijak serta kesungguhan yang tinggi supaya kartel ini dapat dibanteras.

Harus ada kesedaran yang tinggi dalam kalangan nelayan dan petani bahawa mereka sedang dizalimi dan titik-peluh mereka sedang dieksploitasi dan ia menyusahkan pengguna.