Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani komited dalam Kempen JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH dan berikut adalah kenyataan menteri berkaitan:
120 JUTA DANA PINJAMAN DISEDIAKAN UNTUK PETANI: Ramai petani menghadapi masalah kewangan samada mahu membesarkan ladang ataupun untuk pemasaran. Agrobank setuju untuk menyediakan kemudahan skim kredit pengeluaran makanan kepada pengeluar prduk dan pemasar produk sejumlah 80 juta dan TEKUN Nasional pula menyediakan dana Skim Tekun Niaga sebanyak 40 juta dibawah program Jihad Memerangi Orang Tengah.
ANTARA KEMUDAHAN UNTUK PETANI: Kedai Bazaar dan Agrobaazar akan ditambah agar banyak lagi produk dapat dipasarkan, perniagaan menggunakan kenderaan akan juga akan ditambah usaha seterusnya ialah untuk mewujudkan pusat pengumpulan ladang yang dianggarkan sekurang-kurangnya sebanyak 276 buah bersama pertubuhan peladang kawasan dari seluruh negara
FAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PETANI: FAMA akan membeli produk-produk dari petani dan menjual dengan sokongan harga lantai yang akan ditetapkan. FAMA juga akan menyelesaikan masalah pengangkutan dengan menyediakan 790 buah lori yang akan digembelingkan bagi mengangkut produk hasil petani dari ladang hingga ke pusat pengumpulan dan seterusnya kepada pasar-pasar tani, dengan itu petani tidak perlu bergantung kepada lori yang disediakan oleh pihak lain. Selain itu FAMA juga menyediakan laman sesawang "Agarobazaar.com" untuk petani menjual produk melalui online bagi meluaskan lagi pasaran mereka. FAMA juga memeperkenalkan ladang-ladang kontrak untuk sayur dan buah sebanyak 1000 hektar dan 587 projek tambahan kekal dan projek kelompok jabatan agar produk dapat dijual tanpa memalui orang tengah.
.
LAFAZ IKRAR JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH: Warga kerja, warga tani dan kumpulan usahawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berikrar untuk komited bersama pihak kementerian dan kerajaan dalam Jihad Memerangi Orang Tengah.
BERBILION RINGGIT DICURAHKAN KEPADA PETANI PENTERNAK DAN NELAYAN: Petani kerja keras tetapi kerana sistem akhirnya petani terbelenggu dalam kemiskinan. Kerajaan tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana kerajaan telah mengeluarkan berbilon ringgit kepada peladang petani dan penternak.