Rakyat Malaysia yang berhadapan dengan dunia global perlu mengenal diri sendiri terlebih dahulu sebelum bersiap sedia melaksanakan tranformasi yang lebih berdaya saing.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan,
Pemimpin-Pemimpin Negara yang mahu dijadikan ikutan kepada rakyat
harus menjadi tunggak ke arah mengaplikasi kepimpinan Negara dalam
berhadapan transformasi di masa hadapan.
"Kadang-kadang pengikut menjadi tunggak pertama menaikan pemimpin. Oleh
itu, pemimpin seharusnya menjadi tunggak dalam melaksanakan tugas
sebagai Pemimpin Negara dan bukan sebaliknya. kata beliau ketika
memberikan Ucapan menerusi Program Bicara Minda oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad bertajuk Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020.
"Usaha menjatuhkan Ketua-Ketua Negara kini kerap berlaku pada masa kini
di Negara-Negara Arab. Ini kerana Pemimpin sebegini lupa tentang
pengikut pengikut mereka akibat mengejar kemewahan. Lalu pengikut hilang
sabar dan bertindak menjatuhkan pemimpin mereka," dakwa beliau lagi.
Tun Mahathir juga menegur sebilangan Pemimpin Politik di Negara ini
yang menyalahgunakan pengaruh dari kalangan pengikut-pengikutnya demi
menakluk Putrajaya semata-mata. Lantas beliau menerangkan Pemimpin
sebegini tidak akan di puncak dalam satu tempoh yang lama dan akhirnya
bakal disingkirkan.
Program Program Bicara Minda bersama Tun Dr. Mahathir ini telah
berlangsung awal pagi tadi dan dijangka bakal berakhir pada jam 12
tengahari ini. Seramai 2000 peserta telah mengambil bahagian dalam
Program yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) Kuala Lumpur. - KL Post
No comments:
Post a Comment