Harakah menuduh kerajaan Malaysia bertanggung jawab dalam membuang pelajar Universiti Al Azhar
Harakah menuduh kerajaan Malaysia bertanggung jawab dalam membuang pelajar tersebut berdasarka apa yang disiarkan oleh Harakah,
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
Harakah juga mempersoalkan kenapa pelajar dari negera lain tidak diambil tindakan oleh kerajaan Malaysia.
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.- HARAKAH
Harakah mendedahkan bahawa apa yang berlaku di Mesir bukan lah agenda kerajaan Malaysia sebaliknya adalah keputusan universiti tersebut. Jika ia agenda kerajaan sudah tentu semua pelajar diluar negara yang menyertai demo berShit akan dihantar pulang.
Nak baca banyak lagi.. klik Sini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
linkblog anda telah di masukkan dalam blog saya
Post a Comment