MUSUH BERTEMU MUSUH - KISAH ADIB BILA NAK SELESAI


Saya tampalkan gambar ini bukan mahu berbangga dapat berswafoto dengan menteri tetapi sebagai ingatan kepada saya bahawa ada perkara yang perlu diselesaikan.
Saya mahu menulis panjang namun terasa terlalu letih sejak pagi dengan pertemuan-demi pertemuan hari ini.
Pendek ceritanya, saya berpeluang berkata dan bertanyakan kepada beliau tadi tentang perihal pentingnya kita menyelesaikan konspirasi pembunuhan Adib dan apakah yang beliau akan lakukan untuk membawa pembunuh Adib ke muka pengadilan.
Pembunuhan Adib telah memarakkan api perkauman, mereka sangka api itu telah padam dengan mendiamkan diri tetapi itu bagi mereka namun bagi kita ia nampak padam di atas, tetapi membakar kuat di bawah bagai api dalam sekam. Ditambah dengan isu Jawi yang kita lihat Dong Jio Zong tidak mahu kendur menanti waktu untuk api meluap ke atas menjulang tinggi ke langit. Masa itu jangankan kata kayu, besi dan batu pun lebur dek panasnya api.
YB Menteri Perpaduan minta diaturkan dialog dan saya katakan, "ya.. boleh YB."
Nanti saya tuliskan kisah panjang pertemuan diantara NGO Melayu, India dan NGO Sabah Serawak yang berlaku hari ini dan apakah yang dibincangkan.
Saya mahu rehat sekejap. Esok pagi saya mahu pergi ke Lembaga Urus Air Selangor bagi mendapatkan sebab musabab mengapa jeti nelayan kami mahu dirobohkan dan selepas itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara mengenai tindakan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Official) seterusnya menyambung ke menyusrat persiapan forum jawi yang akan kami anjurkan.

No comments: