Saya merujuk kepada hantaran YB Juwairiya Zulkifli dalam laman Facebook beliau yang menyentuh mengenai pencemaran Sungai Selangor yang menjejaskan habitat Kelip-Kelip di Pusat Santuari Kelip-Kelip Kg Kuantan , Kuala Selangor.
Kata YB, selain pencemaran, faktor lain kepupusan habitat Kelip-Kelip adalah kerana penebangan pokok barembang dan sagu yang menjadi tempat mengawan/rumah serta sumber makanan mereka juga aktiviti manusia seperti korek pasir yang tidak terkawal dan sebagainya.
Saya katakan YB berani tetapi tidak berkemampuan melawan pencemaran terutama diakibatkan oleh kerja-kerja mengorek pasir di dalam sungai berkenaan. Kuasa YB akan dibataskan dengan kegiatan rasuah dan salahlaku penjawat awam yang bertanggungjawab terutamnya dari Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Official) yang sepatutnya menjadi penguatkuasa undang-undang tetapi lalai akibat rasuah. JIka mereka tidak dirasuah takkanlah mereka tidak mampu menguatkuasakan undang-undang di situ.
Pejabat Tanah lebih berminat dan ekstrim untuk merobohkan jeti-jeti nelayan, kandang-kandang kamibing/lembu dan premis-premis/rumah melayu yang dikatakan dibina di atas tanah kerajaan. Tetapi bila Kuil India dibina di atas tanah kerajaan mereka tidak mampu pual bertindak seperti juaga kolam pancing haram yang saya adukan minggu ini.
Saya mahu membantu YB dalam hal ini. Saya telah berjumpa dengan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya untuk mendapatkan nasihat dan mereka sudi membantu. Cuma yang saya tidak tahu adakah YB berani?
Saya mengenepikan fahaman politik saya untuk melawan sialan-sialan ini untuk mengehentuikan penindasan ke atas rakyat miskin yang tidak mempunyai wang untuk membayar pegawai-pegawai bagi mengelakkan diambil tindakan.
Saya bersedia berdiri bersama YB untuk kita sama-sama lawan kejahatan ini.
Apa kata YB Juwairiya Zulkifli?
No comments:
Post a Comment