Saya melihat tajuk dan membaca isi laporan ini tetapi tiada apa yang boleh saya perkatakan kerana yang menyebut itu adalah kumpulan bekas penjawat awam kanan yang berjawatan besar, berpendidikan dan kini sudah tua tetapi malangnya mereka berfikiran liberal.
Mereka berlagak kerana mereka golongan profesional kononnya pandai berhujah dengan fakta syok sendiri.
Sebab itu saya lebih suka bercakap soal realiti yang kita lihat di depan mata setiap hari, kebebasan yang mereka laungkan hingga anak muda mabuk terlentang, hingga boleh melakukan hubungan sejenis secara terbuka, menyembah tuhan bersilih ganti dan mengubah semua isi dalam Quran mengikut kehendak hati mereka.
Semua ini kerana kita menukar kerajaan. Kerana amemilih kerajaan Komunis yang seperti itulah mahunya untuk menghancur umat Islam.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) inilah kerajaan yang akan menghancurkan melayu dan Islam dalam negara ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
G25: Jika mahu tinggalkan Islam, itu antara dia dan Tuhan
Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan.
Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Asiah Abu Samah yang juga merupakan wakil G25 bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”
Jelas G25 dalam laporan tersebut, tindakan undang-undang terhadap individu tidak bersolat jumaat misalnya adalah tidak wajar dan mengatakan perkara dilakukan seorang Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan.
Laporan itu juga mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
“Perkara 11(1) memberi jaminan kepada semua orang di Malaysia, bukan hanya warganegara atau bukan Islam, 3 hak yang berbeza, iaitu, hak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agamanya.
“Tidak ada asas yang dibenarkan perlembagaan untuk melarang penganutan agama seseorang,” katanya.
Selain itu, G25 berpendapat tiada orang boleh dipaksa mempercayai Tuhan dan tiada mana-mana orang boleh dipaksa kekal dalam Islam.
Bagaimanapun, kumpulan itu berkata meninggalkan Islam adalah sesuatu yang dikesali.
“Bagaimanapun sekiranya dia tetap mahu meninggalkan Islam, maka itu antaranya dengan Tuhan. Tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran,” katanya lagi.
G25 juga memaklumkan Malaysia pernah ada undang-undang yang mengesahkan seorang itu sudah murtad.
“Undang-undang itu sudah dimansuh dan digantikan dengan peruntukan undang-undang yang tidak jelas di “kebanyakan negeri” yang membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi seorang Islam,” katanya.
Turut hadir pada perbincangan laporan ini adalah, Pesuruhjaya Suhakam Madeline Berma, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Noor Azimah Rahim, pemikir terkemuka Chandra Muzaffar dan Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF)Dr Ahmad Farouk Musa.
'Penubuhan MKI, Jakim tak ikut perlembagaan'
Sementara itu, G25 mendakwa penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mengikut perlembagaan.
Kumpulan itu berkata, tiada peruntukan dalam perlembagaan untuk penubuhan organisasi berkenaan.
“Perkara-perkara berkaitan agama orang Islam dan adat Melayu adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan negeri dan majlis eksekutif negeri,” kata laporan itu.
"G25 juga maklum bahawa kuasa Majlis Raja-raja, yang dihadkan kepada perkara-perkara yang ditetapkan dalam Perkara 38 Perlembagaan, tidak termasuk menubuhkan sebuah agensi persekutuan seperti MKI atau Jakim.
“Bagaimanapun, kami menghargai tujuan menubuhkan MKI adalah untuk mempunyai suatu agensi persekutuan untuk menyelaras dan mengalakkan penyeragaman dalam pentadbiran undang-undang Islam dalam kalangan negeri.
“Perlembagaan perlu dipinda jika ada keperluan untuk suatu agensi seperti itu”, jelas laporan berkenaan.
Selain itu, G25 juga menjelaskan Jakim, di samping berkhidmat sebagai sekretariat MKI, juga diamanahkan dengan fungsi-fungsi seperti kemajuan Islam dan kegiatan dakwah.
“Isi fungsi-fungsi itu, boleh dikatakan, melebihi kuasa eksekutif persekutuan (yang boleh dijalankan Kabinet), memandangkan kuasa eksekutif persekutuan tidak termasuk agama orang Islam kecuali di Wilayah Persekutuan sahaja.
“Kabinet mengamanahkan fungsi-fungsi khusus itu kepada Jakim dan oleh itu tidak konsisten dengan perlembagaan,” katanya.
MKI ditubuhkan sebagai pihak berkuasa tertinggi kebangsaan untuk menjadi platform tertinggi sebagai badan penyelaras pentadbiran agama Islam seluruh Negara. Jakim merupakan sekretariat kepada MKI.
Untuk rekod, G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.
SIS: Konteks pendidikan Islam harus diperluas
Selepas pelancaran laporan berkenaan, Pengasas Sister in Islam (SIS) Zainah Anwar, menjelaskan bahawa konteks pengajaran pendidikan Islam yang diajar di sekolah dan universiti pada masa ini perlu diperluas.
Tambahnya, pengajaran Islam tidak wajar hanya memfokuskan kepada ritual dan budaya, dan hukuman terhadap kesalahan melanggar perintah agama.
“Islam perlu diajar dengan lebih terapkan nilai dan didikan agama yang benar seperti ikhlas, baik hati, murah rezeki.
“[...] tetapi kini yang hanya diajarkan (pendidikan Islam) lebih kepada ritual, budaya dan hukuman kepada pelanggaran perintah agama tersebut,” katanya.
Jelasnya lagi, beliau berharap agar pendidikan agama yang sebenar dapat diterapkan kepada semua masyarakat Muslim.
Turut hadir bersama menjadi panelis adalah wakil G25, Mohd Hishamudin Yunus, wakil Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Dr Mohamed Azam Mohamed Adil dan pakar akademik, Dr Narimah Awin selaku moderator.
No comments:
Post a Comment