Polis saman basikal, kedai judi lepas tangan


JOHOR BAHRU hari ini, Polis menahan sekumpulan 13 remaja yang menunggang basikal ‘jempol’ (basikal yang diubah suai) secara berbahaya di Jalan Denai 44, Taman Bukit Jaya petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, polis menahan kesemua kanak-kanak dan remaja terbabit serta me­rampas 15 buah basikal.

Siasatan yang dilakukan men­dapati kesemua 15 basikal yang dirampas sudah diubah suai dengan tidak mempunyai brek yang boleh membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Kesemua basikal itu disita manakala sekumpulan penunggang basikal jempol itu ditahan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut peraturan 42 (1)(a) LN 166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana mengubah suai basikal.

Paling menarik, pihak Trafik JBS turut mengambil tindakan mengeluarkan sejumlah 13 saman mengikut peraturan yang sama terhadap 13 kanak-kanak dan remaja berkenaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis Johor kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ini terjamin serta memastikan sejarah rempuh basikal tidak berulang lagi.

Tetapi saya berasa keliru dimana Polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan adakaha mereka ini buta tuli sehinga tidak berjaya menjalankan tugas mengesan dan menutup pusat-pusat judi yang berselerakan di seluruh negara ini terutamanya di bandar-bandar besar.

Sehingga hari ini pusat-pusat judi ini buka dengan megahnya mengheret anak-anak melayu termasuk dari kalangan kanak-kanak bermain judi.

Adakah bermain basikal, mengubahsuai basikal, motor dan kereta sahaja yang salah dalam negara ini? Adakah kegiatan judi, maksiat an kongsi gelap halal dalam negara ini?

Di sinilah yang dikatakan "lawak" bilamana kes-kes yang tidak mendatangkan keuntngan kepada pihak berkuasa akan dibanteras habis-habisan manakala kes yang mengenyangkan dan membuncitkan perut tidak pula dibanteras dengan bersungguh-sungguh.

Saya bukan anti polis tapi saya jijik dengan perangai polis yang buta! kedai judi disekitar balai Polis pun tak mampu dibanteras!

Baca berita sumber: https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/13-remaja-ditahan-tunggang-basikal-8216-jempol-8217-1.475650


No comments: