BREAKING NEWS

16 February 2017

Nautical Aliya Pulang ke tanah air


Kapal Nautical Aliya belayar keluar dari Pelabuhan Chittagong di Bangladesh jam 1.48 petang waktu tempatan.

Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kesemua baki 2,100 tan barang bantuan kemanusiaan yang dibawa dalam Misi Food Flotilla For Myanmar Berjaya dipunggah keluar dan diserahlan kepada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Bulan Sabit Merah Bangladesh.

Kata beliau, kerja memindah keluar barang-barang dari kapal Nautical Aliya mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak pelabuhan, Kastam dan Imigresen walaupun ia memakan masa yang lebih daripada jangkaan awal namun ianya berjalan lancar.

Mohd Azmi juga memberikan penghargaan buat kerajaan Bangladesh yang mengizinkan 25 perwakilan daripada delegasi flotilla bersama beberapa lori yang membawa barang bantuan pergi ke Cox’s Bazar untuk melawat beberapa kem pelarian dan mengagihkannya kepada pelarian di kem-kem tersebut.

Menurut beliau lagi, barang bantuan kemanusiaan yang diturunkan hari ini akan diedarkan oleh IOM dan Bulan Sabit Merah Bangladesh dijangka akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk disedarkan kepada kem-kem pelarian yang telah disenaraikan.

Kapal Nautical Aliya bersama 112 sukarelawan akan menempuh pelayaran selama 6 hari lagi untuk pulang ke tanah air.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Pena Dari Tanah Melayu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates