Nautical Aliya dijangka Sampai ke Yangon, Myanmar jam 11.30 malam
Kapal Nautical Aliya yang yang membawa barang bantuan misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotila for Myanmar dijangka sampai di perairan berhampiran pelabuhan Yangon, Myanmar pada pukul 9.30 malam waktu tempatan iaitu 11.30 malam (waktu Malaysia).
Ketua misi Food Flotila for Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal tersebut terpaksa berlabuh terlebih dahulu disebabkan keadaan air laut cetek.
Selepas air laut pasang pada pukul 10.15 waktu tempatan pada hari Khamis, kapal tersebut akan dipandu oleh jurupandu kapal Myanmar untuk memasuki pelabuhan Yangon.
Kata Azeez, kren kapal memerlukan masa 3 jam untuk menurunkan barang dari kapal manakala seramai 100 orang pekerja tempatan dan 100 orang sukarelawan misi akan bekerjasama memunggah barang tersebut ke pelabuhan.
Beliau berkata, barang bantuan yag diturunkan akan diserah kepada seorang menteri Myanmar dan berharap misi itu dapat diselesaikan dengan bantuan kerajaan Negara tersebut..
Kata Azeez lagi, jika semua perancangan berjalan lancar, kapal Naitical Aliya dijangka akan keluar dari Pelabuhan Yangon menuju ke Chittagong, Bangladesh seperti surat saranan yang dikeluarkan kerjaan Bangladesh melalui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia semalam.
Beliau yang telah menghubungi Ahli Parlimen Chittagong berkata, pasukan tanjauan terlah bersedia menunggu ketibaan kapal dan akan terus membawa sukarelawan ke Cox's Bazar yang dijangka memerlukan 9 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang tidak elok dan faktor keselamatan.
Kata Azeez lagi, keutamaan akan diberikan kepada 30ribu pelarian yang berdaftar dan bantuan akan diagihkan kepada kem di Kutupalong dan Nayapara selain beberapa madrasah dan sekolah yang telah dikenalpasni.
Menurut beliau, pasukan tinjauan juga sedang berbincang mengenai persedian lori untuk memindahkan barang ke kawasan tersebut.
Selain itu, sebuah “Baj” atau tongkang diperlukan untuk menarik barang bantuan ke kawasan Teknaf yang pelabuhannya kecil dan air cetek dan pasukan tinjaun sedang berbincang tentang jarak dan masa yang diperlukan untuk “Baj” tersebut sampai di Teknaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment