Ads Top

Kapal Nautical Aliya dibenar berlabuh ke Chittagong


Misi Food Flotilla For Myanmar yang bersauh selama 5 jam di perairan Cox’ Bazar mendapat perkhabaran gembira petang ini apabila dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh seperti pelan asal misi.

Ketua Misi kemanusiaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kebenaran untuk berlabuh itu diberikan setelah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed untuk memberikan jalan terbaik bagi menjayakan misi ini.

Kata Azeez lagi, pelayaran ke pelabuhan tersebut akan memakan masa lebih kurang 7 jam akibat arus deras bawah laut jam dan dijangka sampai pada jam 11 malam ini.

Terdahulu, kapal Nautical Aliya diminta bersauh di perairan Cox’s Bazar sementara menunggu keputusan untuk menurunkan barang bantuan.

Kapten Mohammad Nizamul Haq dari Tentera Laut Bangladesh naik ke atas kapal Nautical Aliya untuk berbincang tentang jalan terbaik untuk menyampaikan bantuan yang dibawa kepada etnik Rohingya yang berada di kem-kem pelarian sekitar Cox’s Bazar.

Cadangan asal yang diberikan adalah memindahkan barang menggunakan “Baj” dari kapal Nautical Aliya ke jeti di Cox’s Bazar yang kemudiannya dibawa menggunakan lori.


Menurut Azeez, dua ‘Baj” diperlukan untuk memindahkan sejumlah 2100 tan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia dan NGO dari 12 negara untuk etnik Rohingya yang amat memerlukan bantuan.

No comments:

Powered by Blogger.