02 February 2016

Oh! Media Selangor Asyik Tukar Pasukan Tapi Terus Gagal.



Oh! Media Selangor.

Saya diberitahu oleh rakan-rakan seperjuangan saya dahulu bahwa ada nama-nama mereka digunakan bagi kepentingan peribadi seseorang yang berkuasa di UMNO Selangor dalam hal Media Sosial.

Perkara seperti ini sudah lama berlaku. Dahulu, Ketua saya dituduh dengan pelbagai kesalahan hingga pasukan lama saya di UMNO selangor dibubarkan bagi memberi laluan kepada pasukan baru yang kononnya lebih efisyen menyebar maklumat dan menyerang Kerajaan PR Selangor.


Hari ini saya lihat pasukan bertukar lagi dan Ketua yang dilantik selepas pasukan saya sudah tidak ada kuasa. Peruntukan kewangan yang diberikan kepada mereka dikatakan tidak digunakan dengan baik dan ada yang mengadu tidak dibayar.

Saya tidak menembak sesiapa tetapi saya diberitahu oleh rakan-rakan saya tentang kerisauan mereka bagaimana strategi Media UMNO Selangor untuk berperang menuju PRU 14. Masa tinggal sikit tapi Media Selangor masih tercari-cari taktik untuk berperang.

Cuba beritahu saya kenapa UMNO Selangor masih gagal dalam Media Sosial sedangkan segala peruntukan dan peralatan serta kemudahan seperti premis sudah disediakan?

Ketika pasukan saya bertugas di UMNO Selangor dulu hanya 6 bulan sahaja diberikan dan kami dikatakan gagal dalam segala hal. Hari ini sudah lebih setahun kami meninggalkan UMNO Selangor dan Media Selangor masih gagal.

Adakah kami dahulu dianiaya?

‪#‎salamtingkat9‬


Berikut tulisan rakan saya Saudara Raziz Rashid dalam FBnya.

Dari dahulu sehingga kini kesatuan pengamal media Selangor diuji dengan pelbagai situasi. Bermula dengan dipinggirkan oleh Perhubungan Negeri, kemudian disekat oleh individu tertentu, diketepikan oleh pengamal media luar Selangor, dan akhirnya diusir oleh bekas pengamal media lawan.

Media Selangor masih seperti dahulu, malah lebih teruk berganda-ganda. Elok ada enjin yang bergerak semput daripada enjin yang langsung tidak boleh bergerak.

Isu banjir, isu bukit botak, isu duit dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri disalur terus ke adun dan bukannya pejabat daerah, isu pintu gerbang, isu DEIG, isu kubah masjid, isu PAS vs PAN, isu kebiadapan DAP, isu wang zakat, isu jalan berlubang, isu penjualan pasir, isu penjualan bangunan milik Kerajaan Negeri, isu penempatan ladang babi, isu infrastruktur tidak dijaga, dan pelbagai lagi isu salah laku Kerajaan Negeri berlalu seperti angin lalu.


Mana investigative reporting, mana pendedahan, mana berita, mana dan mana?

Adapun yang masih ingin mendedahkan semua ini adalah sekadar picisan sahaja dan tidak dilakukan secara solidariti. Masakan dapat untuk membina gelombang penolakan kepada kerajaan negeri.

Cukuplah, sampai bila hendak menjadi begini. Satukanlah mereka ini di bawah satu bumbung yang sama.

‪#‎SalamTingkat9‬

1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *