Bantu Mangsa Banjir Bukan Kerja AHLI PARLIMEN BELIA, Itu Kerja Rakyat Kotor Jijik
Banjir di Pantai Timur amat membimbangkan dan kini banjir sudah memasuki negeri-negeri lain di sebelah Selatan dan Barat Semenanjung Malaysia.
Dalam kekalutan itu, aku ternampak juga di beberapa laman-laman media sosial mengenai pemimpin kawasan yang turun meredah banjir membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Sekarang ini bukan hal politik yang nak diketengahkan tetapi kewajipan dan tanggungjawab membantu rakyat susah yang dilanda bencana.
NGO-NGO pula telah mula menggerakkan sukarelawan masing-masing untuk membantu meringankan beban mangsa banjir dengan pelbagai cara.
Tetapi yang aku belumnampak ialah AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (APBM) terutamanya yang belagak-lagak dengan emblem dan pelbagai gaya ELITIS.
Mungkin in bukan tugas mereka agaknya kerana AHLI PARLIMEN BELIA mana la nak main kotor-kotor ni sebab nak jaga Standard. Kerja mereka ini kan hanya mengarah dan berlagak macam mereka ini pemimpin negara walhal pemimpin negara dan kawasan sendiri dah jadi macam lembu meredah banjir hantar barang bantuan.
APBM ni orang-orang hebat. Meraka terpilih hanya untuk memimpin dan bukan pedulik tentang perkara remeh seperti banjir ni. Aku bukan nak kondem tapi boleh sapa-sapa bagitau aku mana-mana APBM yang sibuk bertanya tentang nasib Orang Banjir ni?
Sebab itu bukan tugas mereka. Tugas mereka hanya untuk berlagak macam pemimpin hebat. Kerja mereka hanya bercakap. Kerja Kotor biar rakyat yang buat. betulkan begitu?
APBM mana nak melenting mai jumpa aku. Aku nak tengok kerja Ape korang buat selain berlagak!!!
Aku tujukan kepada APBM yang pakai emblem, yang ada SUSK, yang ada Pegawai Khas, Yang ada Bodyguar dan yang belagak sebab kononnya mereka ini dilahirkan sebagai pemimpin.
#APBM
#Banjir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment