Peraturan Baru Lesen Memancing Mulai Tahun 2015, IRMOHIZAM Wajib Jawab.


Peraturan baru pemancing wajib ada lesen memancing mulai tahun 2015, menerusi kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, peraturan baharu pelaksanaan lesen memancing dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015. 

Difahamkan, lesen memancing dilaksanakan untuk mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan.

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali ke empat.

Jika melihat cadangan seperti dalam surat pekeliling yang diedarkan, saya memandang ianya berniat baik untuk tujuan menjaga sistem perikanan negara dengan mendapatkan maklumat dari pemancing tentang jenis ikan, lokasi dan sebagainya melalui cadangan pendaftaran lesen tersebut.

Namun dari sudut perlaksanaannya, maaf jika saya katakan ia dilihat sangat bodoh dan tidak bertamadun.

Jika surat pekeliling (sumber: MELVISTER.COM)
dikeluarkan menyebut untuk mendapatkan data mengapa perlu ada hukuman kepada yang tidak ada lesen?

Perlaksanaan cadangan tersebut memperlihatkan jabatan Perikanan "MAKAN GAJI BUTA" hingga terpaksa meletakkan tanggungjawab kerja mereka kepada pemancing untuk mendapatkan data.

Pegawai yang menyiapkan kertasa kerja cadangan ini pada pendapat saya sudah tiada idea.

Selain itu, tindakan mencadangkan perkara "BODOH" ini telah menyebabkan Kerajaan menerima kritikan negatif walaupun pada dasarnya ia masih diperingkat cadangan.

Kerajaan hari ini yang menerima kecaman hebat dari rakyat adalah disebabkan oleh perancangan dan tindakan tidak "BERAKAL" seperti ini.

Yang lebih dikesalkan, hanya setakat inikah sahaja tahap kecerdikan Pengarah jabatan Perikanan? Bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kepada Pengarah seperti ini yang tidak tahu mengurus dan menyelidik hingga terpaksa menggunakan pemancing dan mengugut mereka jika mereka gagal mematuhi kehendak jabatan tersebut.

DATO IRMOHIZAM IBRAHIM selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harus wajib memberi respon kepada cadangan ini sebelum ianya menjadi lebih besar sehingga nanti akan memberi ancaman kepada kerajaan.

Untuk memajukan industri perikanan baik dari sudut perlancongan atau sumber makanan bukan begini caranya, beri cadanganyang lebih hebat dan berkesan dan jangan usik rakyat yang sudah sedia susah dengan masalah Global yang berlaku hari ini.

Saya percaya dengan kebijaksanaan yang Dato Irmohizam miliki perkara ini akan dapat ditangani dengan baik.

No comments: