Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan bertemu empat mata dengan Farhana yang mencetuskan kontroversi semalam dalam kenyataannya yang mengheret blogger dalam ucapan selaku wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN).
Dari semalam saya telah jelas dengan apa yang diucapkan cuma saya bertanya mengapa mengheret DS Rosmah Mansor bersama blogger untuk jadi adunan ucapan beliau untuk sedap didengar barangkali.
Berikut saya selitkan video santai Farhana bersama seorang blogger yang minta penjelasan dari Farhana.
Setelah berbincang, dengan jelas beliau menyatakan tidak ada niat untuk mempersenda mana-mana individu atau sesiapa sahaja apatah lagi memeprlekeh peranan blogger dalam mempertahan Umno sebagai Parti Keramat Orang Melayu.
Farhana menyatakan pandangan berkenaan nasib blogger yang dipandang sepi tanpa ada peruntukan khusus bagi mereka menyerang dengan lebih berkesan.
Justeru, beliau berharap dalam ucapannya kerajaan memberi penekanan dalam pemerkasaan media sosial supaya serangan-serangan selepas ini lebih pantas, efektif dan telus.
Farhana menjelaskan, blogger-blogger dilihat lambat bertindakbalas melalui pandangan mereka kerana tidak cukup sumber dan fakta untuk melawan dakyah pembangkang selain masalah peruntukan khusus yang merencatkan gerakan tersebut.
Kerajaan perlu lebih serius untuk memperkasa peranan blogger dan pengamal media sosial di Malaysia jika mahu menang dalam peperangan siber yang telah digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang sekarang ini.
Farhana juga memohon maaf jika ada ucapannya yang mengguris mana-mana hati kerana beliau tidak terniat langsung untuk berbuat demikian selain menyampaikan pandangan yang dikongsi bersama ahli-ahli Kelab Umno Luar Negara (KULN).
Dengan itu saya rasa berpuas hati dengan penjelasan Farhana dan saya juga telah memohon maaf kepada beliau jika tulisan saya menyebabkan beliau tertekan.
Selepas pertemuan itu, saya lihat Farhana sebenarnya seorang yang bersemangat dan berjiwa besar serta mampu menyerap tekanan untuk menjadi pemimpin yang baik dan telus pada masa akan datang.
Saya ajak sahabat untuk beri peluang pada Farhana dan promosikan beliau sebagai “Ikon” anak muda yang mahu jadi pemimpin pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment