Evolusi UMNO, Si Pejuang Menjadi Si Bebal
Kita selalu memandang serong, tak kurang yang menghentam apabila kartunis Zunar menampilkan karyanya ke mata umum.
Kartunis yang tekenal dengan kontroversi ini sering mengaitkan DS Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka lawaknya untuk menarik perhatian mesyarakat sebelah sana supaya terus membenci Rosmah.
Penghinaan demi penghinaan ditunjukkan dalam kartun miliknya yang menunjukkan UMNO tidak berguna dan punca kepada segala permasalahan rakyat dalam negara yang diterajui kepimpinan DS Najib Razak.
Kadangkala bukan semua karyanya itu tidak berguna, lihat kartun yang diberi tajuk EVOLUSI UMNO di atas.
Tidakkah kamu merasa atau terasa apa yang dilukiskannya itu adalah REALITI yang berlaku dalam UMNO hari ini?
Dari perjuangan membentuk sebuah negara yang merdeka, laungan perjuangan tidak pernah putus keluar dari mulut setiap pejuang UMNO.
Agama, Bangsa yang membentuk negara dipertahan tahun demi tahun, dekad demi dekad dan kerana itu UMNO kekal releven di mata hati umat melayu di Malaysia.
Tetapi dalam perjalanan masa yang panjang itu, kerakusan hawa nafsu membuatkan ia semakin sukar dan terus sukar.
Kalau dulu akar umbi yang membentuk pepohon kepimpinan UMNO disuburi dengan usaha kerajaan untuk memberi kehidupan dan masa depan yang lebih baik pada bangsa melayu, tetapi kini akar umbi tidak ubah seperti keldai tua yang sudah tidak mampu bekerja.
Kalau dulu keldai itu diusung kesana-kemari untuk membawa beban laungan perjuangan untuk meneruskan survival melayu yang akan memastikan Islam akan terus menjadi Agama Rasmi di negara ini tetapi pada hari ini mereka tidak diperlukan lagi.
Keperluan mereka hanya bila ada pemilihan untuk merebut jawatan dan sesudah itu mereka dilupakan.
Lukisan Zunar itu merujuk kepada kepimpinan hari ini yang menjadi semakin tidak bijak yang kembali kepada kehidupan zaman batu.
Mereka buat sesuka hati, makan apa saja, tidak fikir masa depan, asalkan bagi mereka tembolok mereka terisi. Bila ada yang menegur, mereka marah malah sanggup membunuh.
Aku bukan mahu derhaka tapi sekian lama aku pendam ianya akan menjadi barah yang boleh membunuh semangat bangsa yang ada dalam diri aku.
Sempena Himpunan Orang UMNO seluruh negara minggu depan, aku harap akan berubahlah hendaknya hati pemimpin bangsa melayu ini, moga benak dihati mereka diterangkan Allah swt supaya mereka sedar bangsa dan agama mereka kini sudah berada di pinggir gaung.
Bangkit jatuh bangsa agama kita UMNO sajalah yang mampu mempertahankannya, nak harapkan PAS terbalikla dunia ni pun mereka tetap dengan gelap hati mereka.
Aku rasa aku 'landing' kat sini dulu artikel aku sebab cerita ini nanti akan panjang lagi sampai habis Himpunan Orang UMNO nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Setuju sangat dengan pandangan ini!! UMNO diselubungi ramai pengikut bertopeng yang hanya nak sumbat tembolok sendiri !!! Ironi nya dikalangan yang budi pekertinya baik dan bijak pandai langsung ditinggal dan diketepikan!! mana perginya KEWARASAN UMNO???
"Aku bukan mahu derhaka tapi sekian lama aku pendam ianya akan menjadi barah yang boleh membunuh semangat bangsa yang ada dalam diri aku" = PENAKOT, PONDAN, TADA TELOR.
Post a Comment