yang bermasalah bukanlah Kerajaan atau parti tetapi yang bermasalah adalah rakyat itu sendiri..' - Ku nan


Saya tertarik dengan kenyataan Ku Nan, SUA UMNO ketika bertemu beliau kelmarin berkata;

'....yang bermasalah bukanlah Kerajaan atau parti tetapi yang bermasalah adalah rakyat itu sendiri..'

Jangan melenting dengan kenyataan itu kerana aku hanya mengambilnya separuh dan aku akan ulas apa yang dikatakan oleh beliau itu ada benarnya..

Ku Nan bersetuju bahwa rakyat hari ini amat terbeban dengan masalah kewangan yang sungguh serius, malah beliau juga menyatakan jika paras kemiskinan itu dikira dari gaji bawah RM 1500 adalah salah sebaliknya beliau merujuk kepada kemiskinan bandar ianya patut dinilai dari gaji RM 3500 kebawah.

Orang Kerja Kerajaan yang tidak menyokong kerajaan pula Ku Nan menegaskan kesalahan itu tidak harus diletakkan kepada mereka bulat-bulat tetapi kita dipihak kerajaan harus mengkaji dan menyelami hati dan perasaan mereka mengapa mereka sanggup menentang majikan yang membayar gaji mereka.

Di DBKL contohnya kata Ku Nan, Pekerja yang memberikan borang memiliki rumah kepada rakyat, mereka sendiri sebenarnya tidak memiliki rumah. Mereka yang rata-ratanya hanya menerima gaji dibawah RM 1500 tinggal nun jauh dipinggir bandar seperti Balakong, Sungai Buluh, Sepang... dan ini amat jauh dari tempat kerja mereka dan melibatkan kos bahan api, petrol yang tinggi untuk mereka sampai ke tempat kerja.

Sebahagian dari cerita itu sebenarnya menunjukkan Pemimpin dan Kerajaan amat faham dengan masalah yang meninpa rakyat dan mereka telah sedaya upaya menyelesaikannya dengan pelbagai cara.

Dengan sebab itu beberapa langkah yang tidak popular telah diambil kerajaan seperti Penarikan Balik Subsidi Minyak dan Pelaksanaan Cukai GST  yang sebanarnya bertujuan untuk mengembalikan kesenangan rakyat pada masa hadapan.

Namun seperti perenggan permulaan tadi, permasalahan ini sebenarnya masalah rakyat yang terikut-ikut budaya luar yang kononnya berteraskan reformasi hinga menggelarkan diri Rakyat Hakim Negara.

Budaya itu yang kini merosakkan perpaduan dan keamanan negara, rakyat dihasut kononnya mereka ditindas dan dizalimi hingga mengheret mereka ke jalanan menuntut hak mereka dikembalikan.

Persoalannya, beberapa negeri yang telah mereka rampas apa sudah jadi?..

Sepatutnya rakyat di negeri tersebut sudah jadi kaya raya dan puas bermewah-mewahan tetapi hingga kini mengapa masih menyalahkan kerajaan?

Sebagai kesimpulan, Nafsu tidak akan pernah puas dan tanpa usaha rezeki tidak akan datang bergolek. Rakyat harus faham dan beri peluang untuk kerajaan melunaskan apa yang telah dijanjikan tetapi dalam masa yang sama rakyat harus bersabar untuk kerajaan mengusahakan dan mengembalikan kestabilan ekonomi negara.

#Marah nyamuk bakar kelambu, nyamuk tak mati nak bakar rumah pula....

No comments: