28 October 2014

Kecoh, Suasana Tegang di Istana Kehakiman


PUTRAJAYA – Suasana perkarangan Istana Kehakiman, di sini sedikit tegang apabila berlaku kekecohan sesama sendiri antara penyokong Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bermula dengan aksi membakar sehelai kemeja-T berwarna kuning dipercayai mempunyai gambar bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Azlan Bukhary.

Suasana mula panas apabila insiden tolak-menolak berlaku antara jurugambar dan penyokong Anwar sehingga ramai yang terpaksa berundur.

Namun keadaan kembali tenang apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menenangkan keadaan.

Sementara itu, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tiba di perkarangan mahkamah ini termasuk dari Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli.

-SP-

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *