16 August 2014

Soalan "Geli-Geli" untuk Noh Omar... #hausKe? #KLChronicle @Kabir_Akram


Sambil minum lewat malam ni terbaca pulak artikel “Geli-geli” dari “The Kuala Lumpur Chonicle” yang memberikan 3 soalan kepada YB DS Noh Omar.

Soalan “geli-geli” tu boleh jawab sekaligus tak?..

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) bukan terikat dengan mana-mana Parlimen pun, sebagai Pengerusi tiada halangan atau sekatan bagi beliau untuk berbuat demikian tambahan pula untuk menolak fitnah yang dilemparkan, Ketua Bahagian Klang turut serta dalam lawatan itu.

Lawatan beliau berkenaan aduan penduduk yang risau akan keselamatan mereka dan keluarga memang patut diambil berat oleh Pengerusi MTPNS selaku badan yang bertanggungjawab. Jadi tiada persoalan pun kat situ.

Langkah yang dilakukan oleh DS Noh dianggap tentangan terbuka kepada TS Khalid atau sabotaj bukan alasan untuk yang sesuai untuk soalan “geli-geli” ini. Ini masalah rakyat dan aduan telah dibuat, tidak timbul soalan siapa sabotaj atau menentang sebaliknya siapa yang mahu selesaikan masalah itu?

Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bukan kelahiran Selangor pun tapi suka-suka masuk Selangor siap nak tukar MB Selangor tapi siapa ada Tanya?

Siapa yang sabotaj siapa?..



Penulis “The Kuala Lumpur Chonicle” bertanya kepada orang yang nak membantu orang susah tetapi tidak pula bertanya kepada orang-orang yang nak menyusahkan Rakyat Negeri Selangor dengan langkah-langkah bodoh untuk memenuhi tuntutan nafsu binatang mereka.

Jadi cukuplah setakap itu, aku cuma nak “geli-geli” je… aku tak pandai jawab.. heheh.


Bro… cari la cerita sensai skit….

#hausKe?

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *