08 August 2014

Khalid tak setuju Langkah Kajang, tapi jadi pengarah pilihan raya


Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan ‘Langkah Kajang’ disifatkan sebagai lucu.

Senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan kenyataan tersebut sedangkan Khalid sendiri mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya DUN berkenaan.

“Kenyataan itu sangat lucu, dia sendiri sebenarnya hadir dalam sidang media bagi mengumumkan Langkah Kajang itu.

“Malah dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, beliau bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya itu atas permintaannya sendiri,” ujar bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika dihubungi.

Pada 28 Januari lalu, Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang mewakili KEADILAN.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat dan mengatakan langkah itu diambil bagi memperkukuhkan parti itu.

Bagaimanapun semalam, Khalid membidas ‘Langkah Kajang’ yang menurutnya merupakan satu arahan parti tanpa ‘perbincangan yang efektif’ dengannya terlebih dahulu.

Perkara itu dinyatakan dalam surat tunjuk sebab kepada KEADILAN ekoran keengganannya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya menegaskan di sini saya tidak pernah bersetuju tindakan ‘Langkah Kajang’ yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Negeri Selangor tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat,” tulisnya lagi dalam surat balas berkenaan.

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *