Pemilihan UMNO Bahagian sudah selesai, pemiihan semula juga sudah selesai namun hingga hari ini masih ada yang tidak puas hati dan meroyan sana sini.
Banyak persepsi dan tuduhan yang dibuat terutamanya bila ada diantara mereka yang tidak akur dengan arahan dan membelakankang undang-undang. Ada yang mengatakan bantahan yang dibuat tidak sah dan ada juga yang mengatakan tidak sah kalau bantahan tidak dibuat namun semua itu bergantung kepada keadaan dan tertakluk kepada undang-undang yang telah digunapakai mahupun yang telah dipinda.
Dalam semua situasi itu masih juga ada lagi yang tidak dapat dikawal seperti UMNO Bahagian Setiawangsa seperti yang dilaporkan dalam Blog Jawa Bernam [KLIK SINI].
Kuala selangor seperti yang dilaporkan dalam blog itu telah berjaya membuat pemilihan semula dan ianya sudah selesai namun masih ada lagi yang tak berpuas hati. Bagi aku inilah pertandingan dan yang menang pasti gembira manakala yang kalah pasti kecewa.
Tapi adakah kita mahu meneruskan perbalahan itu hingga menjejaskan keharmonian parti? adakah kita mahu keluar parti untuk untuk meruntuhkan parti? atau kita mahu mengugut parti agar parti tumbang pad PRU nanti? jawapannya ada pada ahli parti sendiri.
Peminpin datang dan pergi dan ahli parti melompat sana sini namun institusi ini harus terus bediri demi menjamin masa depan anak cucu kita nanti. Terpulang kepada individu bagaimana harus mencorak parti. yang mahu teruskan maka teruskan dan jika mahu berhenti silakan juga kerana sudah sejak dari dulu kitaran ini sudah berlaku.
Pengkhianat atau Penyelamat anda pilih yang mana?
No comments:
Post a Comment