Dato Irmohizam Luangkan Masa Ziarah Keluarga Hafizul Syazwan


Dato Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor hari ini sempat meluangkan masa menziarah ke rumah Saudara Hafizul Syazwan bin Abd Wahid yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Nelayan Baru, Sg Buloh, Kuala Selangor yang baru sahaja kehilangan neneknya pagi tadi.


Arwah meninggal dunia kira-kira jam 4.00 pagi dan telah dikebumikan pada jam 12.00 tengahari tadi.

Ucapan takziah buat Saudara Syazwan dan keluarga dan didoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Tidak lupa, ucapan tahniah dan terima kasih kepada Dato Irmohizam kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk ke kawasan walaupun mempunyai jadual yang begitu ketat.

Bukan mudah untuk beliau berbuat demikian namun atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat khasnya dari Kuala Selangor maka beliau sanggup untuk melaksanakannya.




No comments: