KEMPEN RM 100 JUTA - MY UNIVERSITI FOR PATANI, THAILAND


Kempen Mengumpul Dana Bagi Pembangunan MY UNIVERSITY OF PATANI merupakan satu usaha yang sedang dijalankan oleh PENGGERAK MALAYSIA dengan kerjasamaYAYASAN ISLAM SAINS & TEKNOLOGI YALA bagi membina sebuah UNIVERSITI ISLAM SAINS & TEKNOLOGI ASIA diSelatan Thailand.


Bagi tujuan itu, PENGGERAK MALAYSIA telah diamanahkan untuk menjalankan kempen, mencari dan menguruskan sebahagian dana pembangunan universiti tersebut dengan mensasarkan bantuan dana berjumlah RM 100 juta dalam tempoh lima tahun (2013-2018).


UNIVERSITI ISLAM SAINS & TEKNOLOGI ASIA

Idea untuk menubuhhkan sebuah UNIVERSITI ISLAM SAINS & TEKNOLOGI ASIA di bawah kelolaan YAYASAN ISLAM SAINS & TEKNOLOGI YALA adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar lepasan sekolah agama untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat pengajian tinggi.

Selama bertahun-tahun , didapati bahawa pelajar-pelajar sekolah agama meghadapai masalah peluang yang terhad untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains dan teknologi.

Ma'ahad Al-Bi'that Ad-Diniah, Yala di bawah Yayasan Kebajikan Islam akan menjadi sekolah penting kepada universiti ini. Sehingga Akhir Mei 2013 jumlah pelajar di sekolah menengah ini adalah lebih daripada 10 ribu pelajar.

FALSAFAH
Penubuhan AIUST adalah berdasarkan asas pendidikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. AIUST merupakan pusat pendidikan tinggi yang membawa inovasi berdasarkan nilai-nilai dan tradisi Islam dalam sains dan teknologi kepada umat Islam di Selatan Thailand. Pendidikan Syariah (Undang-undang Islam), Usuluddin (Teknologi Islam) dan Tabiyah (pendidikan Islam) akan dimasukkan ke dalam sebahagian besar program-program akademik AIUST. Universiti ini akan membantu membina sumber manusia berasaskan pengetahuan di rantau ini.

VISI
Membangunkan masyarakat yang bedaya saing di peringkat global Islam yang telatih dalam bidang sains dan teknologi.

MISI
Untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi, dilengkapi dengan nilai-nilai Sunnah Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran.

FAKULTI DAN PROGRAM AIUST

Fakulti Sains dan Teknologi
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Alternatif)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Komunikasi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Multimedia Kreatif)

Falkuti Sains Pengurusan
Ijazah Sarjana Muda (Perbankan dan Kewangan Islam)
Ijazah Sarjana Muda (Jaminan Kualiti Halal)
I-azah Sarjana Muda (Penurusan Kualiti)
Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perniagaan)

Falkuti Pertanian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Pertanian)
Ijazah Sarjana Muda Sains (New Teori Pertanian)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan)

Falkuti Sains Islam
Ijazah Sarjana Muda (Syariah)
Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin)
Ijazah Sarjana Muda (Pendidilan Islam)
Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab dan Kebudayaan)

Kepada semua umat Islam boleh terus menderma untuk sama-sama membangunkan Universiti ini melalui Akaun Bank :

MY UNIVERSITY FOR PATANI 
CIMB ISLAMIC : 1237-0002319-10-7



Sumber : http://www.nadirakyat.net/2013/11/kempen-kumpul-dana-100-juta-my.html

No comments: