#PAU2013 Memilih Pemimpin Atau Memilih Syaitan Sebagai Pejuang Agama, Bangsa dan Negara


Saat artikel ini ditulis hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk bermulanya pemilihan untuk memilih barisan pemimpin sayap-sayap dalam parti UMNO untuk tahun 2013-2016.

Sejak berSminggu lalu kempen sudah dijalankan dan berbagai cara digunakan untuk memenangi hati perwakilan yang akan mengundi barisan tersebut.

Ada yang sampai nak pukul memukul, memaki hamun, bukak pekung pihak lawan, culik perwakilan, belanja makan, ayat jiwang dan berbagai-bagai lagi cara sampai kekadang tu tak masuk akal untuk difikirkan hanya untuk merebut beberapa jawatan dalam UMNO.

Jadi, setelah semua itu berlaku dan kita semua mahu mempertahankan UMNO ini agar terus menjadi parti yang membela nasib Melayu dan Islam maka pilihlah pemimpin yang benar-benar mahu berjuang ke arah itu.

Buatlah perubahan dan buanglah pemimpin yang hanya tahu mengisi kantung poket mereka dengan kemewahan atas tiket UMNO dan mempergunakan ahli UMNO demi kepentingan mereka.

Nilailah diri anda dengan perjuangan untuk anak cucu di masa hadapan, adakah berbaloi kita meneruskan kepimpinan yang tidak berguna yang telah kita lihat pada penggal yang lepas atau kita mahu memilih barisan baru yang mungkin memberi harapan untuk kita melihat ianya berubah.

Anda memilih dan anda tentukan... selamat mengundi, semoga Agama, Bangsa dan Negara menjadi panduan untuk kita memilih barisan kepimpinan pada kali ini.. Insyaallah...

#UMNOKualaSelangor #PemudaUMNOKualaSelangor #4G4KP #Berubah 

#MohonPencerahan

No comments: