VIDEO GADUH BESAR: PPIM TARIK KERETA DALAM GARAJ INDIA



SERAMAI 23 pemilik kereta yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka yang ditemui di lokasi berkenaan hari ini.


Usaha bermula pada 11 pagi diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Yusuf Azmi yang membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan yang menempatkan semua kereta mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Yusuf ketika ditemui berkata, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan.

"Bagaimanapun usaha kami sedikit kesukaran apabila pekerja syarikat trak tunda tiba-tiba enggan menunda kenderaan berkenaan walaupun pemiliknya ada bersama kerana mendakwa diugut pekerja syarikat pajakan terbabit.

"Keadaan itu membuatkan PPIM terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan ini dan sehingga kini jam 6 petang kami berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan," katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.

Menurutnya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila pemilik kenderaaan akhirnya menerima notis dari bank memaklumkan terdapat tunggakan bayaran bulanan sehingga tujuh bulan.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:

Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 788 6666 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: utk.ppim
Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah:
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415

Biro Unit Tindakan Khas PPIM
(Risk Group Management & Consultancy)
(002375581-T)
Email :utkppim@yahoo.com









No comments: