Pada Jumaat 14 hb Julai 2017 yang lalu , tentera Yahudi telah membunuh 3 pemuda Palestin di dalam Masjid Al Aqsa dan menutup Masjid itu sehingga umat Islam tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana kunci semua pintu masjid itu dirampas oleh tentera Yahudi.
Kami berpendapat seluruh masjid diseluruh negara mesti bangkit mengutuk keganasan Israel ke atas Masjid Al Aqsa.
Kami mengesa agar Jumaat minggu ini dijadi Al Jum’ah Ghadob ( Jumaat Kemarahan ) untuk umat Islam menyatakan bantahan kepada kebiadapan Israel.
Kami menyarankan lebih 6400 masjid yang ada di negara ini bangkit menyatakan sikap dan menyampai mesej tegas kepada dunia bahawa tidak ada kompromi dalam soal Masjid Al Aqsa.
Kami menyarankan perhimpunan aman diseluruh masjid di adakan pada Jumaat 21 hb Julai ini untuk menjadi masjid sebagai markaz pengemblengan umat untuk membela masjid Al Aqsa.
#SelamatkanAlAqsa #SelamatkanMasjidAlAqsa
No comments:
Post a Comment