08 April 2016

Melayu Islam jangan jadi Bangsat!!!




Wahai saudaraku, wahai Umat Muhammad, sudahkah kamu lupa kata-kata manusia agung itu Penghulu Sekalian Nabi?

Masih ingatkah kamu dengan sabda Baginda bahawa Islam akan sentiasa berada ditempat tertingi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada islam.

video

Islam itu hebat islam itu terhebat dan tiada yang lebih hebat daripada islam!

Tetapi wahai saudaraku, adakah itu yang kamu lihat pada hari  ini, adakah itu yang ditonjolkan oleh umat islam  pada hari ini.

Tidak!

Islam hari ini lebih sibuk berselisih pendapat, lebih sibuk bertikam lidah, lebih sibuk fitnah-memfitnah, bunuh-membunuh.

Umat islam hari ini  terkenal dan dikenali di seluruh dunia sebagai Negara yang miskin Negara yang kotor Negara yang banyak rasuah.

Umat islam hari ini sendiri lebih mahukan islam yang bukan dibawa oleh Muhammad tetapi islam yang dicorak yang dicarik yang dirobek oleh barat.

Umat islam sendiri sanggup beriman dengan liberalisme, humanisme secularisme, heronisme mengatasi iman mereka terhadap islam yang diturunkan oleh Allah.

Hati umat islam hari ini seolah-olah buta, pekak, bisu, keras, membatu!

Wahai saudaraku, apa yang kamu akan katakan kepada anak cucumu?, apa yang kamu akan biarkan sejarah menulis tentangmu?, dan apa yang kamu akan bicarakan apabila berdepan dengan tuhanmu?.

Wahai saudaraku, wahai Umat Muhammad, Islam satu ketika dahulu bukan begitu, Islam satu ketika dahulu hebatnya dijulang, hebatnya bukan kepalang, kerana islam bukan hanya untuk aspek ritual dan peribadatan, kerana islam bukan kerana perkara halal dan haram, tetapi islam menjadi tunggak kehidupan.

Kerana itulah kerajaaan Umayyah  hebat kerana itulah kerajaan Abbasiyah mantap dan kerana itulah Kerajaan Turki Uthmaniah unggul.

Kerana islam jugalah Sultan Mansur Shah medalamai ilmu agama  dan mejadikan Melaka pusat keilmuan islam, kerana islam jugalah Sultan Alauddin Riayat Syah Al Qahhar yang merupakan seorang raja juga sorang pahlawan menjadikan Acheh empayer islam yang gemilang, kerana islam jugala Sultan Saiful Rijal
menentang penjajahan Sepanyol demi menjaga kesucian islam di bumi Brunei dan kerana islam yang tercinta itu jugalah nenek moyang kita bangkit untuk menentang penjajah dan pengkhianat bangsa!

Tun Perak, Hang Tuah, Tok Gajah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan ramai lagi pejuang pejuang  melayu maka inilah hero kita!, nenek moyang kita!, yang terus menerus berterusan berjuang berjihat sehinga syahid!.


Wahai saudara, wahai umat Muhammad, bangsa yang tidak kenal sejarah, pasti tidak dapat mencipta masa depan yang cerah. Dan ketahuilah wahai bangsaku, yang membangunkan Islam, yang mempertahankan Islam adalah nenek moyangmu.

Bangsa Melayu! Bangsa Melayu menjadi mulia, bangsa Melayu menjadi hebat kerana ISLAM! Nahunu Qaumun A'azzanallhu bil Islam.

Bukannya kita mengangkat bangsa mengatasi agama, bukan!..Tetapi kita menggunakan kekuatan bangsa untuk mendaulatkan agama!

Bangun wahai Melayu bangun!

Di bumi Nusantara ini, di Tanah Melayu ini,kamu yang perlu memimpin untuk mendaulatkan Islam! Syaukah, berada dibahumu! Tanggungjawab berada dipundakmu!

Bangun wahai Melayu bangun!

Walau rumput sudah bercambah,
dahan kayu bercabang juga,
Walau laut sudah terbakar,
sampan Melayu belayar juga.

Walaupun rumput mati terlapah,
uratnya tidak mahu tenggelam.,
Walaupun laut menjadi darah,
semangat Melayu tidak akan padam!

Takbir!

Biar kita berlainan parti, tetapi kita bersatu hati. Biar kita berbeza persatuan, tetapi kita tetap satu kesatuan.

Kita memiliki Allah yang satu, Al-Quran yang satu, aqidah yang satu, qiblat yang satu.

Mengapa kita tidak mampu untuk bersatu! Dan kesatuan kita akan terus menerus, berterusan melimpahkan rahmat kepada seluruh umat Islam dan masyarakat bukan Islam juga akan hidup aman sejahtera.

Ingat, Melayu Sepakat Islam Berdaulat! Takkan Melayu Hilang di dunia.

Takbir!
Takbir!
Takbir!

Allahuakbar! - Saudara Badrul Sani


1 comment:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *