MAMPOS SUDAH!! PAS Sudah Mengaku Tak Mampu Laksana HUDUD di Kelantan, Khalid Samad Suruh Laksana Di Terangganu Dulu



HUDUD jika benar UMNO ikhlas, mulakan di Terengganu!

Apa yang sebenarnya cuba diperkatakan oleh PAS Shah Alam ini jelas memperlihatkan kebodohannya dan kebodohan PAS itu sekali.

Apabila Kerajaan Pusat sedia memberi komitmen membantu Kelantan ke arah perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang diluluskan negeri itu secara tiba-tiba mereka menolak pula kepada negeri Teranganu.

Bukankah selama ini Kelantan yang beria-ia sampai ada yang mati Syahid (kononnya) untuk melaksanakan HUDUD ini tapi mengapa kali ini mereka tidak berani? Mana Nik Aziz? 

Apa yang berlku ini jelas menunjukkan selama ini rupanya penganut Agama PAS telah diperbodohkan dengan perkataan HUDUD padahal mereka sebenarnya langsung tidak berani melaksanakannya selain tidak lebih daripada mengambil kesempatan menjadikan penganut Agama PAS sebagai alat untuk mereka terus berkuasa dan mengumpul harta.

Habislah sudah episod HUDUD ini... Kelantan tidak mampu melaksanakannya selain dariapda hanya bercakap dan memperbodohkan penganut ajaran agamanya.

Berikut keratan penuh dari portal HARAKAH.

KUALA LUMPUR: Isu perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah atau lebih dipopularkan sebagai hudud, sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat.

Isu ini timbul ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggulung perbahasan Titah Diraja peringkat kementerian hari ini.

Dalam penjelasan panjang lebar dari sudut perundangan negara, Jamil Khir turut menyatakan bahawa Kerajaan Pusat sedia memberi komitmen membantu Kelantan ke arah perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang diluluskan negeri itu.

Antara yang bangun mencelah selepas itu Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), yang menggesa pihak kerajaan jangan hanya melihat isu hudud ini di Kelantan.

Kata beliau, selain Kelantan, Terengganu juga telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, ketika PAS memerintah negeri itu dahulu.

Dan kini kata beliau, negeri Terengganu kembali ditadbir oleh kerajaan Umno BN dan enakmen hudud di negeri itu telah tersedia ada.

Maka kata beliau, jika benar kerajaan Umno BN ikhlas mahu undang-undang Islam itu dilaksana, maka perlaksanaan kanun itu tentunya mudah untuk dimulakan di Terengganu selaku negeri dikuasai BN dan tentunya Adun-Adun PAS akan menyokong.

Jika tidak, kata beliau lafaz komitmen kerajaan BN untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud, hanya cakap-cakap politik semata-mata.

Selain itu, turut bangun mencelah Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang juga mahu kerajaan pusat betul-betul menunjukkan komitmen mahu undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menggesa, jika benar Umno menyokong hudud, maka pihak kerajaan pusat sendiri perlu mengemukakan usul di Dewan Rakyat, agar undang-undang itu diaktakan.

Itu katanya sebagai langkah pertama, biarpun tahu peringkat kedua, iaitu peringkat perlaksaanan akan menghadapi keadaan yang lebih sukar.

"Untuk perlaksanaan, kita boleh tubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji kaedah perlaksanaan.

"Namun untuk langkah pertama, kita kanunkan atau undang-undangkan dahulu dengan pihak kerajaan yang kemukakan usul di sini," kata beliau.