Chew Mei Fun DiPerlukan Di Kajang Sebagai Penghubung Antara Pusat dan Negeri #PRKKajang #KajangMove



Hubungan baik antara Datin Paduka Chew Mei Fun dengan kerajaan pusat boleh menguatkan peranan beliau sebagai wakil rakyat di Kajang walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beliau hanyalah pembangkang.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, sekiranya mendapat mandat pengundi Kajang pada 23 Mac ini, Chew, sebagai wakil rakyat BN mempunyai kelebihan untuk menjamin agenda pembangunan, khususnya di bawah kerajaan pusat turut dibawa dan dinikmati rakyat di kawasan itu.

"(Ketika mengundi) kita hendaklah memastikan untuk memilih orang yang ada hubungan dengan Kerajaan Pusat agar agenda pembangunan lebih berkesan walaupun beliau mewakili pembangkang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap di Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) dan Program Mesra Rakyat di sini Rabu.

Chew yang juga Naib Presiden MCA merupakan calon BN bagi PRK Kajang yang akan berdepan satu lawan satu dengan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menyelar sikap pembangkang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap usaha kerajaan BN, Ahmad Husni yang juga Bendahari Agung Umno menyeru pengundi di Kajang untuk menilai 'rupa sebenar' mereka dan memberi isyarat jelas pada hari mengundi pada Ahad ini.

Pada majlis itu Ahmad Husni turut merasmikan penubuhan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak yang akan memudahkan penduduk setempat mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Pusat itu bertujuan memperluaskan peranan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada masyaraka

No comments: